CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 1

PKR Tak Pernah Tawar Ahli UMNO Dipecat Masuk Parti

[Copy link]
Post time 30-1-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membuat sebarang tawaran terhadap ahli UMNO yang dipecat parti tersebut, baru-baru ini.


Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemecatan dua ahli UMNO baru-baru ini iaitu bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan keputusan dalaman parti tersebut.




FB




“Tidak timbul sebarang pelawaan untuk bersama dan tentunya sekiranya ada, kita akan teliti dan mendapatkan pandangan pimpinan lain.


“Kita mahu menjaga kerukunan, kedamaian serta Kerajaan Perpaduan ini. Kita akan beri pertimbangan yang lebih luas,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Terdahulu, beliau merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, di sini.


Dalam pada itu, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhak untuk mempersoalkan tindakan beliau menjadikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.


Bagaimanapun, perkara lebih penting yang perlu diberikan perhatian adalah untuk menghentikan budaya curi tanah, balak, saham projek serta komisyen kerana ia merupakan perkara yang merosakkan negara.


“Saya belum dengar lagi kenyataan mereka menyokong usaha membersihkan negara daripada gejala ini. Semua bicara soal rasuah tetapi apabila kita sebut kes-kes begini, dia kata kenapa nak bongkar kisah lama? Jadi ini yang saya nak beri penekanan.


“Soal Nurul Izzah di pejabat, memang saya pelawa dia untuk membantu saya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepada dia,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 03:18 PM | Show all posts
Perikatan Nasional terus bagi borang ahli kalu PMX ckap camtu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.212849 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list