CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 1

[Tempatan] Lelaki kurang siuman maut, pengawal keselamatan direman 7 hari

[Copy link]
Post time 30-1-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki kurang siuman maut, pengawal keselamatan direman 7 hari


Foto hiasan


KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pemuda yang mengalami masalah mental dipercayai akibat dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, malam tadi.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman suspek berusia 32 tahun bermula hari ini sehingga 5 Februari depan.

Terdahulu, dalam kejadian jam 7 malam tadi, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia


dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini.

Mangsa berusia 20-an dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang seorang wanita berusia 50-an yang melalui perkarangan masjid itu.

Susulan itu, mangsa dipukul sebelum meninggal dunia dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... atan-direman-7-hari

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 11:53 AM | Show all posts
ni guard
td thread lg 1 kata bebudak tahfiz

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.338802 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list