CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

Pembakaran Terbuka Di Balai Polis Bandar Utama Dalam Siasatan

[Copy link]
Post time 30-1-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Polis menyiasat dakwaan berlaku pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama sehingga tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Unit Komunikasi Korporat Bukit Aman mengesan gambar berkaitan perkara itu yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun media sosial pada jam 3.34 petang Sabtu.




Gambar tular yang memaparkan dakwaan pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama.





"Gambar itu memaparkan pembakaran terbuka dibuat di balai polis terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Mohamad Fakhrudin berkata, pihak polis khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya tidak pernah membenarkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di mana-mana premis atau tempat pada bila-bila masa sekalipun.


"Sehubungan itu, siasatan akan dijalankan bagi mengesan pelaku dan tindakan tegas akan diambil," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.088017 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list