View: 2957|Reply: 67
|
Kenaikan Harga Barangan Dan Masalah Pekerja Punca Rumah PR1MA Banyak Terbengkalai
[Copy link]
|
|
IPOH – Kenaikan harga barangan dalam industri pembinaan serta masalah pekerja ketika pandemik Covid-19 menjadi antara punca sebilangan projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) tidak dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.
Bagi sebilangan kontraktor PR1MA, masalah tersebut menyebabkan mereka gagal siapkan projek perumahan tersebut bahkan ada yang terpaksa menamatkan kontrak dengan kerajaan.
Pengarah Urusan Vertex Central Sdn. Bhd., Mohd. Ali Amin Ab. Latif berkata, pihaknya selaku kontraktor penyelamat projek PR1MA juga berhadapan masalah sama selepas dianugerahkan tender bagi projek Residensi Kepayang di sini.
Foto: Kosmo
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tiga dari kanan) dan Mohd. Ali Amin (dua dari kiri) menunjukkan tanda bagus ketika hadir pada majlis penyerahan kunci Residensi Kepayang di Ipoh semalam.
“Residensi Kepayang yang bermula pembinaannya pada 2016 telah disiapkan sebanyak 60 peratus oleh kontraktor ketika itu. Projek ini sepatutnya selesai pada 2019.
“Kontraktor ketika itu ada masalah untuk siapkan perumahan ini, jadi kontrak mereka ditamatkan oleh kerajaan. Pada hujung 2020, kami dianugerahkan tender dan perlu siapkan 40 peratus lagi projek tersebut,” katanya kepada di sini semalam.
Katanya, antara cabaran dihadapi adalah kenaikan harga barangan, sebagai contoh kos besi meningkat dua kali ganda sehingga RM3,800 pertan sewaktu itu.
Mohd. Ali Amin berkata, mereka juga perlu bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang terhad iaitu sekitar 200 orang pada satu-satu masa, ditambah dengan penularan Covid-19 sewaktu itu.
“Banyak prosedur operasi standard (SOP) perlu diikuti, seperti menjalankan ujian Covid-19 kepada para pekerja pada setiap minggu,” katanya.
Ujarnya, mereka juga perlu memastikan perumahan itu dibina mengikut spesifikasi oleh kontraktor terdahulu, justeru menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkan sebarang kesilapan atau kerosakan.
Projek PR1MA Residensi Kepayang yang sebelum ini tergendala telah berjaya disiapkan dan diserahkan kunci kepada seramai 252 pemiliknya semalam. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ya ka adasaja reason dia...nga kor ming tk pi siasat ka...dap kan terpaling |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum covid lagi dah slow… ada yg dah lewat siap bbrp thn… kesian pembeli… |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 kontraktor pun mmg akan mengalami delay..dan kekangan kewangan sbb covid..tp ptut ada backup plan..plan A B C D..tapi just my opinion la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Prima ni mahal starting 300 kalau selangorku ade jgk pilihan harga |
|
|
|
|
|
|
|
kalau siap pun banggunan xde kualiti |
|
|
|
|
|
|
|
pr1mahal ni takyah beli laa..
dah laa mahal, cekik darah... lepas tak laku, kasi diskaun kaw2 dekat pembeli baru, pembeli lama ternganga tengok pembeli baru jimat berpuluh ribu..
pastu projek banyak tak siap, yg siap pun orang komplen banyak defect rosak sana sni tak berkualiti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu kot Msia kena blaja dgn HDB singapore mcm mana nak bina perumahan rakyat.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu...kenaikan bahan binaan mencanak2
pastu tak cukup plak, contractor xde pilihan, beli yg mahal atau terbengkalai
ni komen supplier kat opis den |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sebab banyak sub sudah lah.. macam JPN dulu ada gak sangkut projek sebab banyak sub la. Main Con dpt award letter keluar S class dulu sebiji |
|
|
|
|
|
|
|
ye lah salah kan lain pulak.. yang dia markup atas angin goyang kaki nindas subcon tak kisah pulak? payah bila buat duit atas angin macam ni nyusahkan kontraktor2 kecilan lain.
den tak pasti prima lain, tak duduk situ tak berani cakap lebih, tapi yang puas ati bab prima ni, lif dia banyak, ada 8 termasuk lif bomba kalau tak silap. sempat jenguk yang bukit jalil tu ja, dengan mana lagi satu tu lupa sudah.
kondo mid-hi pun ada 4-6 je lif termasuk bomba. |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 30-1-2023 09:39 AM
ye lah salah kan lain pulak.. yang dia markup atas angin goyang kaki nindas subcon tak kisah pulak? ...
Prima kepong pun awesome |
|
|
|
|
|
|
|
oo yee, yang kat tasik tu, untung la yang facing tasik tu.
yang kat bukit pantai permai(bangsar south) tu cun gak lokasi dia, tapi sendat la.
|
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 30-1-2023 12:04 PM
oo yee, yang kat tasik tu, untung la yang facing tasik tu.
yang kat bukit pantai permai(bangsar so ...
Ada tasik ke situ? I tak perasan yg i tahu ada pencawang elektrik.
Ada lagi dua projek kiri dan kanan jalan otw nak siap. mahsing dan siapa ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap nama dia la residensi metro kepong..
dari mrr2 ada nampak kan tasik ngan besar2 blok apartment tu..
pusing mana pun, pada den pr1ma ni bagus, sebab penghuninya adalah owner, jadi apa2 union/jmb nak maintain blok2 tu, lebih berkesan.
so komuniti nya lebih sihat, banding strata lain yang dihurung investor dan dihuni penyewa2 nya jenis perosak2 komuniti situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
tingin nak mohon tp xlyak |
|
|
|
|
|
|
|
member aku kena sorang, beli projek prima tp tak siap-siap. kat melaka nun. projek sangkut dari sebelum covid lagi. loan bank dah tolak...tgh kumpul kes naik court beramai2.
apa jadi sekarang aku pun dah tak tanya. sian nak tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Prima negeri pahang lagi bagus.. harga rm150k rumah semi D.. 40 kaki x 70 kaki.. bukaan purata 35kaki x 40kaki.. untuk keluasan corner lot 80 x 70 kaki pun baru rm183k ++..
jarak dari bandar kuantan dalam radius 10km je..
keutamaan pada ic o6..
silap2 untuk yang awal beli dapat rebate lagi 15%..
|
|
|
|
|
|
|
|
Trans loyal elok jah siap awal setahun... Harga lagi muroh.. nih dok naik lagi rumah .. bukak phase baru je fully book dah.. macam pisang goreng |
|
|
|
|
|
|
| |
|