CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

Lelaki Maut Dihempap Tandas Hidraulik

[Copy link]
Post time 30-1-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki maut dihempap tandas hidraulik ketika mengendalikan unit itu dalam kejadian di West End, di sini, pada Jumaat.


Pasukan keselamatan yang menerima maklumat kejadian bergegas ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa.




PA/Twitter




Operasi mengeluarkan mangsa di lokasi antara Shaftesbury Avenue dan Charing Cross Road, berhampiran daerah teater sibuk di ibu negara itu, bermula 1 tengah hari.


Lapor Daily Star, sebanyak empat jentera dengan kekuatan 25 anggota dari pasukan bomba London termasuk bantuan polis dan paramedik terbabit operasi berkenaan.


Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia.


Polis Metropolitan dalam kenyataan berkata, lelaki itu parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


"Waris mangsa juga sudah dimaklumkan," katanya seperti dilaporkan portal Independent.


Lelaki itu terperangkap di bawah tandas hidraulik, iaitu sistem tandas yang diletakkan bawah tanah dan dinaikkan ke jalan pada waktu malam untuk digunakan orang ramai.


Jurucakap Bomba London berkata, anggota bomba menerima panggilan berhubung seorang lelaki terperangkap.


"Lelaki itu terperangkap di bawah tandas hidraulik. Anggota bomba bersama agensi keselamatan lain menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya.


"Mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada perkhidmatan ambulans London, namun disahkan meninggal dunia," katanya.


Sebuah kren dibawa ke lokasi sebagai sebahagian daripada usaha mengangkat keseluruhan struktur keluar dari tanah.


Penutupan jalan dilakukan melalui Cambridge Circus, manakala bas dilencongkan dari kawasan itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066424 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list