CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 773|Reply: 10

[Tempatan] Keramat, Puchong & Setiawangsa lokaliti tumpuan pendatang

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Keramat, Puchong & Setiawangsa lokaliti tumpuan pendatang



Kuala Lumpur: Lembah Klang terus menjadi kawasan hotspot kependudukan warga asing paling ramai terutama membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar membabitkan etnik Rohingya serta Nepal.

Ini bertitik tolak kepada peluang pekerjaan ditawarkan di Lembah Klang dengan kebanyakan warga asing terbabit mendominasi pekerjaan bidang perniagaan tekstil, perkhidmatan serta pencucian di ibu kota.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kawasan seperti Keramat, Puchong dan Setiawangsa menjadi lokaliti paling ramai dihuni warga asing.

Menurutnya, taburan lokasi warga asing juga bersifat tidak teratur iaitu sebahagian warga Bangladesh ada yang menetap di Keramat manakala sebahagian lagi di Puchong dan sebagainya.

"Mereka pilih tinggal di lokasi ini kerana dekat tempat kerja dan kemudahan awam ditawarkan adalah baik berbanding kawasan luar Lembah Klang.

"Kalau di luar Lembah Klang, mereka terbabit dalam segmen pekerjaan lain yang dibenarkan namun kurang mendapat sambutan berbanding Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, kebanjiran warga asing bukan isu baru namun berlaku penurunan jumlah berbanding 2.7 juta warga asing di negeri ini dua tahun lalu.

Katanya, usaha menyekat secara menyeluruh warga asing memasuki negara ini hampir mustahil kerana mereka diperlukan dalam beberapa segmen perkhidmatan seperti pembinaan, pencucian serta perkhidmatan.

"Kalau kita sekat terus, pasti wujud kekosongan dalam segmen pekerjaan itu yang tidak mampu diisi warga tempatan. Kaedah terbaik melaksanakan pemantauan secara berterusan.

"Berhubung warga asing masuk secara haram pula, kita semua tahu negara ini ada laluan sempadan yang panjang iaitu lebih 3,000 kilometer. Jadi kalau kita ingin kawal sempadan sepanjang itu, ia agak sukar.

"Apa yang boleh dilaksana adalah memastikan setiap warga asing yang berada di negara ini mempunyai rekod. Jika berlaku apa-apa, mudah untuk pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya," katanya.


Pecah rumah, curi kes tertinggi

Warga asing Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Filipina dikesan merekodkan jumlah tertinggi tangkapan polis dan kes jenayah di negara ini berbanding pendatang asing lain.

Sumber berkata, ada pekerja warga asing ini menganggap jenayah samun, curi dan pecah rumah sebagai pekerjaan sampingan selepas selesai bekerja di tapak pembinaan pada waktu siang.

Malah, ada juga yang terbabit dalam kegiatan rogol dan membunuh rakan senegara akibat permasalahan peribadi serta dendam.

"Walaupun ada yang menganggap kemasukan pekerja atau pelajar warga asing dapat membantu ekonomi negara namun kegusaran timbul apabila ada kalangan mereka penjenayah yang sanggup membunuh.

"Tidak hanya menguasai perniagaan, malah ada warga asing terbabit kongsi gelap, sindiket dan melakukan jenayah terancang," katanya.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mengikut statistik sejak 2016 hingga 2022, seramai 52,381 warga asing ditahan kerana melakukan jenayah kekerasan dan harta benda di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, warga Indonesia merekodkan jumlah tertinggi iaitu 19,702 diikuti Myanmar (7,592), Bangladesh (7,057) dan Filipina (6,148).

"Warga empat negara ini merekodkan jumlah paling tinggi pembabitan jenayah dalam tempoh itu melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda.

"Pecah rumah dan curi merekodkan jumlah kes tertinggi dalam tempoh berkenaan iaitu 14,040 kes bagi jenayah harta benda manakala bagi jenayah kekerasan pula samun berkawan tanpa senjata api merekodkan jumlah tertinggi iaitu 4,754 kes.

"Ini diikuti kes bunuh sebanyak 2,195 kes," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman.

Abd Jalil berkata, dalam tempoh kajian (2016-2022), warga asing dari 22 negara turut ditahan berhubung kes pemerdagangan orang.

"Seramai 609 warga asing ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kes pemerdagangan orang di mana 144 individu warga Bangladesh yang juga kumpulan terbesar.

"Seterusnya warga Indonesia 88, Myanmar (68), Thailand (59) dan India (58)," katanya.

Beliau berkata, 229 warga asing terbabit dalam pemerdagangan orang diusir keluar dari Malaysia selepas mendapat arahan Jabatan Peguam Negara manakala lapan lagi masih ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... i-tumpuan-pendatang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 10:55 AM | Show all posts
Edited by green~tea at 30-1-2023 10:57 AM

mmg banyak pun kes kecurian dekat area sini... sangat2 teruk... hatta penjuan durian situ pun indon... aku pernah terkena beli musang king (katanyehh) rm400 dpt le 2-3 bijik durian tp bila bukak semua rasa teruk, kecuali sebijik je elok... burn duit tu, durian tu aku buat tempoyak...

tp aku serik dah laa nak beli buah2 tepi jalan.. sbb mostly dialect indon, menipu terang2....

and aku dah jual pun rumah landed & kondo area sini.. jem wei nak pi keje walau dekat je... fuh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:49 AM | Show all posts
bukan benda baru kot..
dari awal tak dicegah..
memang sekarang tak boleh buat apa la..
selayang penuh rohingya..
kampung pandan segala pandan penuh indon..
keramat pun indon..
sunway penuh gagak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:00 PM | Show all posts
mmg sakit hati bila negara sendiri jd mctu... penguatkuasaan lemah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-1-2023 11:49 AM
bukan benda baru kot..
dari awal tak dicegah..
memang sekarang tak boleh buat apa la..

Keramat tu mmg syurga indon friskies. Bila la penguatkuasa nk buat keje..kalau tak cukup kakitgn, ambik je anakbini keje tanpa gaji, ikut contoh pmx kiter tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
selayang gombak knp x masuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
parti apa pon perintah negara,siapa pon perdana menteri Msia...falsafah mereka adalah...'Warga asing didahulukan..warga tempatan dikemudiankan'...warga asing buat duit untuk kapitalis..bayar cukai kpd kjaan...kemudian bg 'bantuan' kpd rakyat sbg 'balasan untuk undi'..untuk politikus berkuasa..ulang lg...sampai kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:12 PM | Show all posts
balakong tk masuk dlm list? dh mcm dlm negara luar dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 03:15 PM | Show all posts
kotornya tempat tinggal...sepatutnya tempat tinggal mereka jangan diletak 1 tempat sama nanti mereka jadi kumpulan di sana
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon mmg ramai perampok
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 08:28 AM | Show all posts
mungkin ramai PATI indonesia tu sbb % jenayah pun ramai dari Indon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.494516 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list