BUKAN MAIN RIUH GENG PN BELASAH NURUL IZZAH HARI NI BILA DIA JADI PENASIHAT TAK BERGAJI, TIME HJ HADI MAKAN GAJI BUTA PULUHAN RIBU JADI DUTA TIMUR TENGAH SEMUA MEMBISU. HIPOKRIT!
Kepada yang tak faham, tolong faham sedikit jenis Penasihat yang wujud dalam Negara ni. Ada Penasihat dilantik secara contract off service, ini jawatan sepenuh masa. Kena punch card setiap hari ikut waktu pejabat, bergaji, dapat elaun bulanan mengikut gred serta kelebihan lain sebagai penjawat awam. Mereka tidak boleh menjadi pengarah syarikat sama macam penjawat awam lain. Kalau jadi Penasihat Perdana Menteri, biasanya Gred Turus Tiga, siap kereta dan driver.
Ada Penasihat yang dilantik secara Contract For Service, mereka ini tak perlu punch card tiap hari, boleh berniaga dan jadi pengarah syarikat, tapi masih dibayar gaji, dapat elaun, kereta, driver dan lain-lain kemudahan sebagai penjawat awam contract for service.
Yang ramai bising pasal Nurul Izzah ni kenapa? Beliau bukannya dibayar gaji atau elaun. Kemudahan kereta dan driverpun tiada. Dulu dia Ahli Parlimen, sekarang ada banyak masa, biarlah dia nak tolong bapa dia dengan menjadi Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya. Bukan ada punca kuasa untuk tandatangan apa-apa dokumen. Bukan boleh panggil mesyuarat kakitangan Kementerian Kewanganpun, langsung tiada kuasa. Apatah lagi hendak pengerusikan apa-apa mesyuarat untuk buat sebarang keputusan.
Walaupun tak bergaji, kurang-kurang Nurul Izzah antara yg pertama bercakap soal ‘indeks kemiskinan multi-dimensi’. Ada juga usaha beliau dalam mengatasi masalah kemiskinan dengan mengenalpasti golongan miskin yang hakikatnya bukan hanya sekadar ‘B40’. Atau ikut sesetengah pendapat bahawa berdasarkan ‘Pendapatan Garis Kemiskinan’, namun ianya lebih mendalam dari itu.
Usaha Izzah ini membolehkan kerajaan merangka dasar basmi kemiskinan yang lebih berkesan dan bersasar. Lagi mulia usaha Nurul Izzah sebagai Penasihat tidak bergaji seperti bapanya yang tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri berbanding Hj Hadi. Kalau nak ambil kira soal kelayakan, mungkin ramai tak tahu bahawa selain bidang kejuruteraan, Izzah juga pemegang Sarjana dalam bidang Dasar Awam dari School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University, Amerika Syarikat. Beliaukan pernah terlibat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pernah kendalikan isu kemiskinan dan Latihan TVET dan macam-macam pengalaman lain.
Kalau nak dibandingkan dengan Hj Hadi yang tidak pernah ke Arab Saudi walaupun makan gaji sebagai Duta Timur Tengah, lagi mulia kerja Probono Nurul Izzah. Saya tidak fikir gaji yang Hj Hadi terima dulu hanya untuk beliau memberikan justifikasi bahawa amalan menyogok pengundi semasa PRU15 itu merupakan SEDEKAH, BUKAN RASUAH.
Dato’ Lokman Adam
Presiden Laskar Siber
Malaysia
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 30-1-2023 10:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by mojarean_X at 30-1-2023 10:43 AM
Semua tau Lokman orang kuat Rosmah dan Najib. Jika mkn lama Najib berada dlm penjara, kesetiaan penyokong2 Najib pd wak zahid dan kerajaan perpaduan bang non akan terhakis. Korang x hengat apa je yg dia x hentam bang non dan wak zahid dulu. Pelbagai rahsia jijik politician2 ni sume dia tau siap dia bg hint lg sblm ni.
Post time 30-1-2023 10:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bodoh lokman ni...kat celah mana nya org membisu..
abis tu kalau masa hadibawang ni jd
topekong bergaji tu korg nmpk salah, perlu
Ke korg buat benda yg sama. Kalau mcm tu rakyat kena redho la tiap kali tukar pemimpin..gitewww ke samdol?
situasi ni mcm sama dengan nazri aziz lantik ned jadi pembantu/penasihat khas kementerian pelancongan dulu. nazri claim xbayar gaji gak so nazri ckp sukatilah nak lantik ank sendiri pun
- tak ada gaji
- penasihat boleh cakap perkara benar, tak kira seteruk mana pun keadaan kerana ada tendecy untuk tolong bapa, tolong keluarga untuk cari penyelesaian terbaik, dari satu sisi ianya juga jadi tugas untuk menghadapi cabaran kepada suatu keluarga
- tak ada kerugian kepada negara
- bagusnya untuk pm, ada orang yang dipercayai untuk cover sebanyak mana urusan kerja berlebihan, memang sangat membantu pm kerana jawatan itu nampaknya bukan pasal duit dan bukan pasal status tetapi atas alasan kerja
-train nurul, suatu pengalaman kerja pentadbiran kepada seorang pemimpin muda, suatu aset kpd negara sekiranya tak terbabas kepada perkara-perkara negatif
kontra
- walaupun tak ada masalah teknikal barangkali tetapi, dilabel kerajaan jadi institusi anak beranak
- jadi modal serangan pihak pembangkang, isu boleh bermacam-macam
- tak ada orang lain ker
Pendapat aku, kalau tak ada masalah dari segi peraturan dan teknikal, tak ada masalah pun, dari segi kebaikan kira besar jugak, itu pun kalau tak terjadi hal-hal yang tak baiklah. Cuma, yang lebih penting ialah kerja dan progress yang dia buat, mudah-mudahan baik-baik saja nanti.. kalau kerja tak bagus nanti cuma akan menambah kepada imej negatif dan jadik bahan serangan kpd pembangkang
Pasal perkara kontra tu spt label kerajaan anak-beranak, walaupun boleh diperdebatkan, ini pun bagus jugak. Pembangkang kena mainkan peranan dan beri tekanan kepada menteri-menteri ni semua. Menteri siapa pun dia, pembangkang dan rakyat perlu sentiasa monitor dan suarakan kritikan, cuma biarlah isunya bernas dan berkualiti..