CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4084|Reply: 70

[Tempatan] Lokman Adam pertahankan Nurul Izzah, masa Hadi makan gaji buta jadi Duta Timur Tengah semua membisu

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-1-2023 02:39 PM

BUKAN MAIN RIUH GENG PN BELASAH NURUL IZZAH HARI NI BILA DIA JADI PENASIHAT TAK BERGAJI, TIME HJ HADI MAKAN GAJI BUTA PULUHAN RIBU JADI DUTA TIMUR TENGAH SEMUA MEMBISU. HIPOKRIT!



Kepada yang tak faham, tolong faham sedikit jenis Penasihat yang wujud dalam Negara ni.  Ada Penasihat dilantik secara contract off service, ini jawatan sepenuh masa.  Kena punch card setiap hari ikut waktu pejabat, bergaji, dapat elaun bulanan mengikut gred serta kelebihan lain sebagai penjawat awam.  Mereka tidak boleh menjadi pengarah syarikat sama macam penjawat awam lain.  Kalau jadi Penasihat Perdana Menteri, biasanya Gred Turus Tiga, siap kereta dan driver.

Ada Penasihat yang dilantik secara Contract For Service, mereka ini tak perlu punch card tiap hari, boleh berniaga dan jadi pengarah syarikat, tapi masih dibayar gaji, dapat elaun, kereta, driver dan lain-lain kemudahan sebagai penjawat awam contract for service.

Yang ramai bising pasal Nurul Izzah ni kenapa? Beliau bukannya dibayar gaji atau elaun. Kemudahan kereta dan driverpun tiada. Dulu dia Ahli Parlimen, sekarang ada banyak masa, biarlah dia nak tolong bapa dia dengan menjadi Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya. Bukan ada punca kuasa untuk tandatangan apa-apa dokumen.  Bukan boleh panggil mesyuarat kakitangan Kementerian Kewanganpun, langsung tiada kuasa. Apatah lagi hendak pengerusikan apa-apa mesyuarat untuk buat sebarang keputusan.

Walaupun tak bergaji, kurang-kurang Nurul Izzah antara yg pertama bercakap soal ‘indeks kemiskinan multi-dimensi’.  Ada juga usaha beliau dalam mengatasi masalah kemiskinan dengan mengenalpasti golongan miskin yang hakikatnya bukan hanya sekadar ‘B40’.  Atau ikut sesetengah pendapat bahawa berdasarkan ‘Pendapatan Garis Kemiskinan’, namun ianya lebih mendalam dari itu.

Usaha Izzah ini membolehkan kerajaan merangka dasar basmi kemiskinan yang lebih berkesan dan bersasar. Lagi mulia usaha Nurul Izzah sebagai Penasihat tidak bergaji seperti bapanya yang tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri berbanding Hj Hadi. Kalau nak ambil kira soal kelayakan, mungkin ramai tak tahu bahawa selain bidang kejuruteraan, Izzah juga pemegang Sarjana dalam bidang Dasar Awam dari School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University, Amerika Syarikat. Beliaukan pernah terlibat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pernah kendalikan isu kemiskinan dan Latihan TVET dan macam-macam pengalaman lain.

Kalau nak dibandingkan dengan Hj Hadi yang tidak pernah ke Arab Saudi walaupun makan gaji sebagai Duta Timur Tengah, lagi mulia kerja Probono Nurul Izzah. Saya tidak fikir gaji yang Hj Hadi terima dulu hanya untuk beliau memberikan justifikasi bahawa amalan menyogok pengundi semasa PRU15 itu merupakan SEDEKAH, BUKAN RASUAH.

Dato’ Lokman Adam
Presiden Laskar Siber
Malaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 30-1-2023 10:43 AM

Semua tau Lokman orang kuat Rosmah dan Najib. Jika mkn lama Najib berada dlm penjara, kesetiaan penyokong2 Najib pd wak zahid dan kerajaan perpaduan bang non akan terhakis. Korang x hengat apa je yg dia x hentam bang non dan wak zahid dulu. Pelbagai rahsia jijik politician2 ni sume dia tau siap dia bg hint lg sblm ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:40 AM | Show all posts
Ni talam dua muka paling laris masa kini...........


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:42 AM | Show all posts
Org persoalkan
1. Dia nak PM
2. Apa kelulusan/speciality yg dia ada untuk jadi penasihat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh lokman ni...kat celah mana nya org membisu..
abis tu kalau masa hadibawang ni jd
topekong bergaji tu korg nmpk salah, perlu
Ke korg buat benda yg sama. Kalau mcm tu rakyat kena redho la tiap kali tukar pemimpin..gitewww ke samdol?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk hati tengok wajah nur cahaya izzah...

Girl crush bebenor

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya rakyat tak begiteww persoalkheun ttg her merit...tapi lebih pada who she is...dgn pmx...

Iteww je....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:28 AM | Show all posts
lokman adam byk makan semut ke?
sikit punya ramai yg bising time hadi jadi duta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 11:32 AM | Show all posts
situasi ni mcm sama dengan nazri aziz lantik ned jadi pembantu/penasihat khas kementerian pelancongan dulu. nazri claim xbayar gaji gak so nazri ckp sukatilah nak lantik ank sendiri pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow anak beranak ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:37 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 17-2-2023 09:25 AM






Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MADANI - My Anak Dan Bini
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat content ke nak bersuara..Sila bawak otak sekali..terserlah ketidakbijaksana tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:32 PM | Show all posts
pro

- tak ada gaji
- penasihat boleh cakap perkara benar, tak kira seteruk mana pun keadaan kerana ada tendecy untuk tolong bapa, tolong keluarga untuk cari penyelesaian terbaik, dari satu sisi ianya juga jadi tugas untuk menghadapi cabaran kepada suatu keluarga
- tak ada kerugian kepada negara
- bagusnya untuk pm, ada orang yang dipercayai untuk cover sebanyak mana urusan kerja berlebihan, memang sangat membantu pm kerana jawatan itu nampaknya bukan pasal duit dan bukan pasal status tetapi atas alasan kerja
-train nurul, suatu pengalaman kerja pentadbiran kepada seorang pemimpin muda, suatu aset kpd negara sekiranya tak terbabas kepada perkara-perkara negatif


kontra

- walaupun tak ada masalah teknikal barangkali tetapi, dilabel kerajaan jadi institusi anak beranak
- jadi modal serangan pihak pembangkang, isu boleh bermacam-macam
- tak ada orang lain ker


Pendapat aku, kalau tak ada masalah dari segi peraturan dan teknikal, tak ada masalah pun, dari segi kebaikan kira besar jugak, itu pun kalau tak terjadi hal-hal yang tak baiklah. Cuma, yang lebih penting ialah kerja dan progress yang dia buat, mudah-mudahan baik-baik saja nanti.. kalau kerja tak bagus nanti cuma akan menambah kepada imej negatif dan jadik bahan serangan kpd pembangkang

Pasal perkara kontra tu spt label kerajaan anak-beranak, walaupun boleh diperdebatkan, ini pun bagus jugak. Pembangkang kena mainkan peranan dan beri tekanan kepada menteri-menteri ni semua. Menteri siapa pun dia, pembangkang dan rakyat perlu sentiasa monitor dan suarakan kritikan, cuma biarlah isunya bernas dan berkualiti..


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 30-1-2023 10:38 AM
Semua tau Lokman orang kuat Rosmah dan Najib. Jika mkn lama Najib berada dlm penjara, kesetiaan peny ...

Ya tak suka dia
Lalang ya amat
Semua fitnah dia sebar
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Longkang sangat dia ni
Kalau talam ada 2 muka
Tapi dia ntah berapa muka

Melompat dari satu dahan ke dahan yang lain
Bila sudah xdapat berpaut kukuh
Sekarang semacam menghimpit anwar/ wak jahit selepas najib dahannya rapuh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan pandai ke nasihat kewangan, perempuan kan kaki shopping?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 30-1-2023 03:45 PM
Perempuan pandai ke nasihat kewangan, perempuan kan kaki shopping? :lol ...

Kalo tgk penampilan nurul izzah x rasa dia kaki shopping
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iqbalriad at 30-1-2023 05:47 PM

Terpaling jilat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerpressor replied at 30-1-2023 10:56 AM
Sejuk hati tengok wajah nur cahaya izzah...

Girl crush bebenor

Babi macam kau tengok dari jauh je najis mari dekat2 muslimah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.081631 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list