CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Selangor] Taktik tipu insurans tidak berjaya

[Copy link]
Post time 30-1-2023 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Cubaan pemilik kedai aksesori kereta menuntut pampasan insurans selepas mendakwa premisnya di Dataran Mentari, di sini dipecah masuk penjenayah, gagal selepas siasatan polis yang membongkar kejadian sebaliknya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 39 tahun itu pada 1.09 tengah hari kelmarin yang mendakwa mengalami kerugian anggaran RM600,000.

Katanya, sepasukan anggota melakukan siasatan di tempat kejadian dibantu pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan menyemak kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

"Bagaimanapun semakan dibuat mengesahkan tiada kejadian pecah kedai sebagaimana yang dilaporkan oleh pengadu.

"Hasil soal siasat lanjut, pengadu mengaku kejadian pecah kedai tidak berlaku dan tujuan laporan polis dibuat adalah untuk tuntutan insurans," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, satu laporan polis dibuat terhadap pengadu mengenai pengakuan yang dibuat dan kertas siasatan dibuka kerana membuat laporan palsu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut.

"Ingin ditegaskan bahawa jangan sesekali membuat laporan polis palsu bagi kepentingan diri sendiri untuk mengelirukan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan adil dan telus kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap pesalah yang melakukan kesalahan itu dan akan mendakwa pesalah di mahkamah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03- 79662222," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... urans-tidak-berjaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.773055 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list