CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Johor] Jiranku dari syurga

[Copy link]
Post time 30-1-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan banjir di Mersing. FOTO BERNAMA

Mersing: Seorang lelaki yang terlantar akibat sakit belakang atau slipped disc bernasib baik kerana dibantu jiran-jirannya ketika berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas air mula naik di rumahnya di Jalan Sekakap, Kampung Sri Pantai di sini.

Norliza Abu Bakar berkata suaminya, Noorzihan Yahya, 48, hilang keupayaan untuk bergerak sendiri berikutan kesihatannya semakin merosot kira-kira tiga bulan lalu.

Wanita berusia 41 tahun itu berkata ini merupakan pengalaman pertama dia dan keluarganya berdepan bencana itu dan dipindahkan ke PPS Politeknik Mersing, sejak Selasa lalu.

"Saya baru sampai rumah setelah selesai kerja dan ketika itu hujan, tiba-tiba jiran datang maklumkan untuk mengalihkan kereta kerana air dah mula naik paras buku lali dan hampir masuk ke rumah, kemudiannya mereka hubungi bomba untuk bantu angkat suami.

"Bagaimanapun, air semakin deras dan saya terpaksa dapatkan bantuan daripada jiran untuk mengangkat suami ke kereta, seterusnya ke PPS, " katanya ketika ditemui Bernama di PPS berkenaan, semalam.

Ibu kepada dua cahaya mata yang bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier itu berkata, dia hanya sempat menyelamatkan permaidani namun barangan lain termasuk perkakas elektrik masih tidak diketahui keadaannya.

"Kami tidak sempat menyelamatkan barangan dan perkakas elektrik kerana memang tak sangka memandangkan kediaman agak tinggi serta ini kali pertama rumah dinaiki air banjir," katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa Suria Abdul Rahman, 37, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan set bilik tidur yang baru dibelinya pada bulan lalu kerana air semakin deras.

"Dalam jam 2 petang hujan lebat dan air longkang besar depan rumah penuh, lepas asar air dah paras pinggang dekat pintu pagar dan sampai buku lali dalam rumah sebab rumah tinggi sedikit.

"Saya dengan suami hanya sempat meletakkan peti ais dan mesin basuh ke tempat lebih tinggi kerana kami kemas barangan di dapur dan ruang tamu dulu," kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Suri rumah itu berharap agar pihak berwajib dapat menyelenggara longkang dan sungai secara berkala bagi mengelakkan kejadian banjir berlaku lagi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jiranku-dari-syurga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066321 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list