CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1181|Reply: 3

[Tempatan] Ibu bapa diminta pantau permainan lato-lato

[Copy link]
Post time 30-1-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Ibu bapa diminta memantau anak mereka sewaktu bermain permainan lato-lato yang kini popular dalam kalangan kanak-kanak, bagi mengelakkan kecederaan.

Menurut Facebook Public Health Malaysia, permainan tersebut dikenali sebagai Clacker kira-kira 50 tahun lalu dan telah diharamkan Pengurusan Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) Amerika Syarikat kerana risiko kecederaan kepada kanak-kanak.

“Pada ketika itu, kerisauan utama adalah bebola pecah dan menyebabkan kecederaan kepada kanak kanak.

“Selepas 50 tahun, permainan ini popular di negara jiran indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Masih awal lagi, tetapi sudah ada kes-kes kecederaan melibatkan permainan ini,” katanya.

Dalam pada itu, pihak tersebut menjelaskan, sebenarnya permainan ini juga mempunyai kebaikannya.

“Ia melatih koordinasi, fokus dan kawalan motor. Cukup-cukuplah bermain gajet.

“Sebaiknya untuk mengelakkan kecederaan, pantau anak ketika bermain. Anak yang terlalu kecil yang masih belum stabil fungsi koordinasi mungkin kurang sesuai bermain,” jelasnya.

Selain itu, pencemaran bunyi mungkin membingitkan, sebab itu penting untuk mengehadkan tempoh bermain.

“Kalau siang malam main tanpa henti, memang tertekan ibu ayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01/30/main-lato-lato-elak-anak-ketagih-gajet-tapi-ada-keburukan-2/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 10:24 AM | Show all posts
lelaki seumur hidup dari zaman batu sudah main lato ke hulu ke hilir..apa bahayanya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:15 AM | Show all posts
stress dgr bunyi benda alah ni. sabtu lepas g jln TAR, yarabi bersepah yg jual benda ni. bunyik tak tak tak tak disana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:03 PM | Show all posts
ak pon stress dengar bunyi ni,ingat kan apa benda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.373161 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list