CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Pahang] Kontraktor 'angkat kaki'

[Copy link]
Post time 30-1-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN muara Sungai Ular yang cetek menjejaskan aktiviti nelayan.

Kuantan: Hampir sahaja 200 nelayan di Kampung Sungai Ular di sini mahu menarik nafas lega apabila masalah muara cetek yang sekian lama membelenggu mereka bakal selesai menerusi kerja mendalamkan muara.

Bagaimanapun, diharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Projek menggali dan menyedut pasir di muara sungai itu yang bermula tahun 2021 hanya bertahan kira-kira enam bulan sebelum pihak kontraktor menghentikan operasinya.

Difahamkan, kerajaan negeri mengambil pendekatan 'situasi menang-menang' apabila membenarkan kontraktor menyedut pasir di muara Sungai Ular tanpa kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk kerja mendalamkannya.

Perkara itu juga dipersetujui nelayan setempat menerusi pertemuan antara semua pihak sebelum kerja menyedut pasir dimulakan penghujung 2021.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan kerja penggalian itu dihentikan pertengahan tahun lalu selepas syarikat dikatakan gagal menjual pasir berkenaan.

Nelayan, Nizam Yaacob, 46, berkata, nelayan tidak membantah projek itu, malah terdapat perubahan positif apabila muara sungai semakin dalam.

"Kalau sebelum ini, kami terpaksa menunggu air pasang untuk keluarkan bot bagi menangkap ikan, tetapi ketika projek itu berjalan, kami boleh keluar bila-bila masa sahaja.

"Tetapi entah kenapa, projek terbabit dihentikan dan kontraktor juga sudah 'angkat kaki'. Ada yang kata mereka gagal menjual pasir berkenaan," katanya ketika ditemui.

Katanya, selepas kerja korek terhenti, kini masalah muara cetek berulang dan mereka terpaksa menjalani rutin seperti sebelumnya.

Seorang lagi nelayan, Khairul Riduan Khairi, 42, berkata, masalah muara cetek bukan sahaja menjejaskan rutin mereka malah berisiko menyebabkan bot rosak apabila tersangkut pada beting pasir.

"Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga sudah membina satu tembok guni bagi menghalang hakisan pada penghujung tahun lalu.

"Namun tembok guni itu juga tidak bertahan lama apabila sebahagiannya sudah mendap selepas dipukul ombak besar pada musim tengkujuh baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Sungai Ular, Shamsul Azlin Abdul Wahid berkata, pihaknya tidak mengetahui punca sebenar kontraktor menghentikan operasi.

"Mereka seperti menghentikan terus operasi menyedut pasir kerana semua mesin dan jentera sudah dikeluarkan dari kawasan itu dan sehingga kini belum ada tanda-tanda ia akan disambung semula," katanya.

Menurutnya, masalah muara cetek tidak hanya memadai dengan mendalamkan sungai, tetapi perlu dibina benteng pemecah ombak bagi mengelak masalah sama berulang.

"Tambahan pula, muara sungai ini juga menjadi lokasi pelancong menaiki bot ke Pulau Ular ," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... traktor-angkat-kaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.373960 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list