View: 2001|Reply: 30
|
[Politik]
Anwar Ibrahim: Demi kekalkan kerajaan, PKR mungkin 'tutup pintu' buat KJ
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 29-1-2023 09:29 PM
Demi kekalkan kerajaan, PKR mungkin 'tutup pintu' buat KJ
https://www.malaysiakini.com/news/653252
B Nantha Kumar & Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Jan 29, 2023 8:44 PM⋅
Dikemaskini: 10:04 PM
Sebaik saja Khairy Jamaluddin dipecat Umno, ramai yang mengikuti isu politik berpandangan PKR sesuai menjadi destinasi seterusnya untuk bekas menteri kesihatan itu.
Namun, keperluan untuk mengekalkan Umno dalam kerajaan mungkin menjadi faktor penting terhadap apa-apa keputusan berkaitan menerima Khairy atau pemimpin Umno lain yang dipecat ke dalam parti itu - jika mereka memohon untuk menyertainya.
"Sekiranya ada (permohonan), kita akan teliti dan tentunya (parti) dapatkan pandangan pimpinan lain juga untuk jaga kerukunan dan kedamaian kerajaan perpaduan," kata Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di Tambun, Perak hari ini.
Pada Jumaat lalu, Umno memutuskan untuk memecat Khairy dan Noh Omar atas dakwaan melanggar disiplin parti ketika PRU15.
Selain itu, Umno menggantung beberapa lagi pemimpin, termasuk ketua penerangan Shahril Hamdan Sufian dan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.
Mereka yang dikenakan tindakan ini, serta naib presiden Ismail Sabri Yaakob yang ada ketika mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang memutuskan pemecatan itu, mendakwa ia tidak dibuat mengikut proses yang sewajarnya.
Sejumlah pihak melihat langkah itu sebagai usaha Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menyingkirkan seterunya dan mengukuhkan kedudukannya dalam parti.
Sebelum ini, Khairy pernah meluahkan hasrat untuk bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan akan datang.
BN komponen utama dalam kerajaan
Umno dan BN - yang memegang 30 kerusi Parlimen termasuk Hishammuddin - adalah komponen utama dalam kerajaan Anwar, dengan Zahid sebagai timbalan perdana menteri.
Sementara Anwar masih memiliki sokongan yang cukup - iaitu 118 ahli parlimen - jika Zahid membawa BN keluar dari kerajaan, ia boleh membuka jalan ke arah keruntuhan pentadbirannya.
Sokongan BN juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga menyuarakan sentimen sama, iaitu parti tidak akan membuat keputusan yang menjejaskan prinsip "kepercayaan dan hormat" dalam kalangan parti dalam kerajaan.
"Sehingga saat ini tiada permohonan. Pertimbangan parti ambil kira beberapa faktor.
"Paling penting ialah memelihara perpaduan dan keutuhan kerajaan perpaduan. Kerajaan ini tegak atas prinsip trust and respect.
"Apa sahaja tindakan yang boleh menjejaskan prinsip ini sudah tentu tidak akan dilakukan oleh PKR," katanya kepada Malaysiakini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takut x dpt jadi pmx ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
Telor anwar dipegang wakjahat.. telur di pasaran pulakk takde yg murmur.. apa la nasib bdn?
Kj ada mintak ka nak ke sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya di sana sini ngan keri ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa TMJ dah lantik dia jadi CEO JDTFC |
|
|
|
|
|
|
|
Giler nak buat umno marah? 30 tahun tunggu nak jadi PM ...tak pasal2 kena guling. Tu belum lagi ambik KJ ..dia tagteam dgn si pondan pizi tu. Diaorang bergabung dgn Anwar sekali kena tendang dr parti. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak jaga PKR tapi specis bijak mcm KJ tak setia dgn pemimpin & opportunist bahaya selalu cari peluang sangup tikam belakang org yg bantu dia...sekejap lagi TMJ kena tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada politician yang setia… semua ada personal agenda masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
betul.. sapa naik dia la raja skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
awat hang beriya nk msk parti politik..awat tak tukor jer masuk askar..berjuang tuk bangsa,agama dan negara...hang takut ka...kasi/bior ank2 B40 jer pi 'perang'... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 30-1-2023 07:11 AM
Telor anwar dipegang wakjahat.. telur di pasaran pulakk takde yg murmur.. apa la nasib bdn?
Ada jugak yg nak pegang telornya sedangkheun ko punya tak laku laku wakau on crash discount timbang kati....telor tembelang...
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
zahid cerdik...let see his next move |
|
|
|
|
|
|
|
Anthony Loke pun kan terang2 cakap mmg tak nak org2 buangan tu
Bukannya sbb Anwar n Zahid tak nak semata2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tubuh jer parti sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
PMX pun tak payah lah layan soalan2 politik lagi. Belajar dari Anthony Loke.
|
|
|
|
|
|
|
|
haih.. semua takut dgn KJ kah ehhee |
|
|
|
|
|
|
|
takde org nak terima org yg terang2an suka burukan parti sendiri...
baik KJ tubuhkan parti baru... heheh... ramai jer yg nak join
|
|
|
|
|
|
|
|
entah2 KJ pun x ingin nak join PKR |
|
|
|
|
|
|
|
Klau kes wak jahit sangkut adakah bermakna kjn nuart pun ikut tumbang? So, bagaimana nk kontrol perkara ini dari terjadi? |
|
|
|
|
|
|
| |
|