CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 932|Reply: 11

[Politik] Semakin ramai anak Najib sertai politik, kini giliran Nazifuddin Najib umum bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO

  [Copy link]
Post time 29-1-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mohd Nazifuddin Najib berkata, sebagai pemimpin persatuan sukan beliau mempunyai kelebihan untuk berdamping dan menarik golongan muda untuk bersama Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anak bekas perdana menteri Najib Razak, Mohd Nazifuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang.

Nazifuddin berkata sekiranya diberi peluang, beliau mahu menarik lebih ramai golongan muda menyertai Umno sekaligus dapat memperkukuh parti itu dimasa hadapan.Sebagai seorang ahli dalam persatuan sukan, saya merasakan ia satu kelebihan bagi saya untuk mendampingi golongan muda seterusnya mendorong mereka bersama kita,” katanya dalam kenyataan.

Nazifuddin yang juga setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, beliau mahu menyumbang kudrat dalam memartabatkan aktiviti sukan, mencungkil bakat dan kemahiran, meningkatkan taraf ekonomi serta melaksanakan program berfaedah kepada golongan muda.Sekiranya diberi peluang menjawat jawatan ini, saya akan memfokuskan kepada golongan pengundi baharu, lepasan sekolah agar mereka dapat membantu kita memenangi PRU akan datang,” katanya.

Pemilihan Umno akan bermula 1 Feb membabitkan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri yang berlangsung sehingga 26 Feb depan.

Sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan Jawatankuasa Umno bahagian bersama pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2023 11:58 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo berapa ramai anak ds najib sebenarnya..
Taktau pula ada lagi anak lelaki dia yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada org mau sokong umno ka lepaih ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka lembam macam ni pun ada hati nak bertanding jawatan politik
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:37 AM | Show all posts
ni anak dgn rosmah ke yang kahwin dgn indo tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 09:44 AM | Show all posts
dia orang dah nampak betapa senang nya politian hidup, pandai cakap, pandai auta, senang dapat duit. Kalau senario politik kat malaysia ni tak berubah, selagi itulah ramai orang masuk politik untuk jadi kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesal politaik ni dh mcm reta pusaka.....jwtn turun temurun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 30-1-2023 10:41 AM
Pesal politaik ni dh mcm reta pusaka.....jwtn turun temurun

Tu sbb manusia baik2 menjauhi politik kononnya jijik dan kotor. Akhirnya manusia2 jahat yg memenuhi dunia politik. So mohon manusia2 baik di luar sana joinlah politik beramai2 utk menyeimbangkan mereka2 ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 30-1-2023 09:37 AM
ni anak dgn rosmah ke yang kahwin dgn indo tu?

Ni anak bini 1st.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm. Jawatan turun temurun. Lepas tu main sentiment bapaknya bekas pm etc.. Wekkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by selani at 2-2-2023 10:59 PM

Isterinya org Indonesia ahli politik jugak kat sana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.320301 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list