CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 11

Bertembung konsert Blackpink, Bulan Bintang tidak gentar

[Copy link]
Post time 29-1-2023 10:19 PM | Show all posts |Read mode


PERTEMBUNGAN lokasi dan tarikh dengan konsert Blackpink pada Mac depan diharapkan tidak menimbulkan masalah kepada peminat.


Bertembung konsert Blackpink, Bulan Bintang tidak gentar

KUALA LUMPUR – Meskipun berlaku pertembungan tarikh dan lokasi konsert dengan kumpulan K-pop terkenal dunia, Blackpink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 Mac 2023 depan, penganjur Konsert Malam Bulan Bintang tidak gentar dan telah melakukan persiapan untuk memastikan hari tersebut berjalan lancar.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi ketika ditemui Kosmo! Online berkata, mereka sudah melakukan perbincangan awal dengan beberapa pihak untuk memastikan perjalanan konsert mega yang menampilkan lapan artis terkenal tanah air termasuk antarabangsa itu berjalan lancar dan terkawal.

“Kami menerima banyak reaksi daripada peminat Bulan Bintang, penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink ketika kami mengumumkan tarikh dan lokasi konsert yang jatuh pada hari serta tempat yang sama.

“Maka, kami telah membuat perbincangan dengan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk melanjutkan waktu operasi Transit Aliran Ringan (LRT) selain berharap penonton yang hadir akan menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif untuk mengelakkan kesesakan teruk,” katanya.

Mengambil kira pengalaman terdahulu, Azzim berkata, sebelum ini situasi serupa pernah berlaku apabila berlangsungnya pertembungan aksi final Piala FA di SNBJ dengan konsert Kumpulan Dewa 19 di Arena Axiata pada tahun lalu.



ANTARA barisan artis tempatan yang akan menjayakan Konsert Malam Bulan Bintang iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Salammusik dan Faizal Tahir.
“Melihat situasi itu kami percaya semuanya dapat dikawal dengan baik. Malah kami juga sudah berurusan dengan pihak pengurusan Axiata Arena bagi menyediakan kawasan parkir berbayar untuk peminat konsert Malam Bulan Bintang,” katanya.

Tambah Azzim, konsert Malam Bulan Bintang bakal membawakan muzik Islamik kontemporari yang diiringi band orkestra terkemuka diketuai oleh Chaan.

Antara barisan artis terkemuka tanah air dan antarabangsa yang bakal membuat persembahan ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan dan Opick.

“Konsert ini menyasarkan audiens yang mempunyai gaya hidup moden dan urban, berumur sekitar 25 hingga 40 tahun. Malam Bulan Bintang akan dimeriahkan lagi dengan tempat duduk yang bersudut 360 darjah serta sistem bunyi 360 darjah.

“Setiap tahun kami akan adakan sesuatu yang besar. Seperti contoh, tahun lepas kami muncul di papan iklan digital yang terpampang di persimpangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan menjadi bualan ramai.

“Tahun ini, kami mahu melakukan sesuatu yang dan berbeza. Jadi, timbul idea Malam Bulan Bintang menampilkan barisan artis popular tempatan dan antarabangsa. Jadi, untuk mengadakan konsert di Axiata Arena adalah satu cabaran yang perlu Bulan Bintang sahut,” katanya.

Sementara itu, tiket konsert yang telah mula dijual boleh dibeli secara dalam talian bermula dari RM49 hingga RM199 menerusi laman www.ticket2u.com.my. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ntang-tidak-gentar/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2023 10:19 PM | Show all posts
sembang kerang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergasak la korang. Sanggup ye nak beli tiket blackpink mahal2. Dengan suara mcm budak tadika nyanyi. Menari xda energy. Paling pun goyang bontot yang leper tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:38 PM | Show all posts
takpelah... kurang2 jangan jadi macam konsert nek ani 2.0...

suara sengau2 pun caj rm500... sape suruh bawak 30 orang kampung kat belakang tu datang dan bagi harapan kat theyols...

blackpink menari tergedik2 macam papan sorong bergoyang atas pentas pun lagi laku dari konsert nek ani...

lain kali sebelum buat konsert tu nek ani pergi korea dulu adjust muka tu bagi persis kpop... confirm kalau meletop dan menjadi rhoper baru tu... jadi batu atas pentas pun masih laku tiket....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
letak dato siti,m nasir dgn faizal pun dah cukup gah dah ini tambah2 ramai..berapa minit je sorang boleh perform lagi ada opick dgn sabyan terus ala2 nasyid punya konsep...okay la mungkin la tiket boleh jual nak balik modai tu 50/50 la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif jual baju melayu pun buat konsert gak?
Byk tul duit dia ya, tak silap bulan bintang ni pun  ada kaitan ngn jakel gak kn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 30-1-2023 07:08 AM
Motif jual baju melayu pun buat konsert gak?
Byk tul duit dia ya, tak silap bulan bintang ni pun  ad ...

kaka pernah baca kt twitter dulu tp x brp igt sgt maklumlah faktor umur
Yg igt kakak si founder ni pertahankan adik dia dgn tidak menggunakan cable iaitu ayah diaorg, si kakak ni cerita mcm mana adik dia bermula seblm ada kedai fizikal dan si kakak serta suaminya byk membantu business si adik.
Kaka x perasan plk ttg kaitan diaorg dgn Jakel, komen2 dlm twitter ms tu pun xde sebut, wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 30-1-2023 08:03 AM
takayama replied at 30-1-2023 07:32 AM
kaka pernah baca kt twitter dulu tp x brp igt sgt maklumlah faktor umur
Yg igt kakak si founder ...


Ya iols baca juga tahun lepas,
Tak silap Aliff Ahmad yg bitau  moon & star tu dikongsi milik oleh jekel clan juga iaitu menantu dia, boleh search je pasal ni ada kat blog aliff dan fb dia

Org kata jekel ni kartel kain kat Malaysia ni, penah bekalkan uniform utk frontliner juga.Ada org tepek gambo uniform celoreng2 tu dgn label dr jekel
Ingat tak mcm butik2 artis terkenal sblm ni penah ada, mmg nama artis tu tp kira kain semua tu jekel laa punya.
Rasanya konsep mcm dorang sediakan semua tp atas nama artis tu camtu la kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 30-1-2023 07:32 AM
kaka pernah baca kt twitter dulu tp x brp igt sgt maklumlah faktor umur
Yg igt kakak si founder ...

Bukan kakak tp abang dia founder air hausboom tu. Btw dia ni anak cikgu pencen + anak dato kot rasanya tu yg ada cable2 tu hahah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu dia letak tokti n mnasir je aku rasa kjap je soldout, tp bila rmai2 mcm konsert jom heboh lak x brapa ekslusif
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:23 AM | Show all posts
Suchi replied at 30-1-2023 07:57 AM
Ya iols baca juga tahun lepas,
Tak silap Aliff Ahmad yg bitau  moon & star tu dikongsi milik oleh  ...

owhhhh ada kaitan rupanya
tapi Jakel ms diaorg kt Segamat dulu mmg kain diaorg berkualiti, cantik dan murah
tp sekrg humrmmmm
pusing2 camtu aje business kt Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:25 AM | Show all posts
Kadaisaku replied at 30-1-2023 08:46 AM
Bukan kakak tp abang dia founder air hausboom tu. Btw dia ni anak cikgu pencen + anak dato kot ras ...

yg air hausboom tu mmg abg dia tp yg defend si azzim ni kakak dia, x igt nama
betullah tu dia anak Dato
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.346220 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list