CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 9

[Jenayah] PM pertahan kelayakan Nurul Izzah sebagai penasihat kewangan, ekonomi

[Copy link]
Post time 29-1-2023 07:34 PM | Show all posts |Read mode
PM pertahan kelayakan Nurul Izzah sebagai penasihat kewangan, ekonomi

https://www.malaysiakini.com/news/653248

Diterbitkan:  Jan 29, 2023 7:05 PM⋅
Dikemaskini: 7:05 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan kelayakan Nurul Izzah untuk menjadi penasihatnya dalam soal ekonomi dan kewangan.

Ia selepas dia ditanya sama ada anaknya itu - yang memegang ijazah sarjana muda dalam jurusan kejuruteraan - layak atau tidak untuk memegang jawatan itu.

Anwar berkata Nurul Izzah juga memiliki ijazah dalam dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Pemeriksaan ke atas profilnya mendapati ia merupakan ijazah peringkat sarjana.

Anwar yang turut memegang portfolio kewangan berkata dia juga tiada kelayakan formal dalam bidang itu, begitu juga dengan ramai pemimpin PN yang pernah memegang jawatan menteri.

Untuk rekod, Anwar merupakan pelajar jurusan Pengajian Melayu ketika menuntut di Universiti Malaya.




"Menteri dari PAS, Bersatu juga tiada kelulusan dalam bidang masing-masing.

"Adakah benar seorang menteri kesihatan mesti (seorang doktor), atau menteri air kena (sebagai) jurutera?" soalnya ketika sidang media di Tambun, Perak hari ini.


Nurul Izzah memaklumkan dia menjadi penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Anwar, berkuat kuasa 3 Jan lalu, dalam wawancara bersama The Star yang diterbitkan hari ini.

Ditanya berkenaan perkara itu, Anwar membalas: "Apa yang penting sekali, termasuk untuk saudara Peja, hentikan curi tanah, balak, saham, projek dan komisen. Ini yang jahanamkan negara."

Anwar berkata, dia juga tidak mendengar ada dalam kalangan pengkritik kerajaan yang menyuarakan sokongan terhaap usaha membersihkan negara daripada masalah tersebut.

Dia juga berkata Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun daripada jawatan barunya itu.

"Saya tak bayar apa-apa elaun kepada dia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat khidmatnya di Tambun, Perak.

Anwar juga tidak menerima sebarang bayaran daripada jawatannya dalam kerajaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 07:37 PM | Show all posts
caya lah, thread ke-3 telah dibuka
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang lain tak nak jawatan tu sebb takda elaun ...terpaksa laa kasi kat anak..anak tak leh tolak nanti derhaka kat ayah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Elaun tak dapat tapi gaji? Taraf gaji menteri atau AP biasa.....?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mat sabu pun mana ada kelulisan…selamba ja jadi menteri jaga makanan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kena bykkan thread mcm ni sbb ada ketirisan dlm memanusiawikan madani…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm.. dia tengah letak mata2 untuk dapatkan full control. Kita tengok je la mainan dia macam mana. Makin lama makin terburai true colours dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua jawatan itu patut diisi oleh forumer cari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni anak yg lain pulak..all in the family giteww
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
MADANI - My Anak Dan Bini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.083684 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list