CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Kelantan] Berbudi pada tanah beri pendapatan lumayan

[Copy link]
Post time 29-1-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Kamarulzaman Mat Asid, 29, dan rakanya, Mohamad Abd Noh, 47, menunjukkan antara ikan yang ada di sangkar yang diusahakan mereka di Kampung Bendang Guchil, di sini. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Rantau Panjang: Meskipun pekerjaan yang dilakukan jauh berbeza dengan kelulusan pengajiannya sebelum ini namun Muhammad Kamarulzaman Mat Asid, 29, membuktikan bahawa bidang penternakan serta pertanian juga mampu memberi pendapatan lumayan.

Muhammad Kamarulzaman adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang kini menternak hampir 60,000 ikan pelbagai jenis di dalam 30 sangkar sejak 2018.

Katanya, minatnya yang mendalam dalam bidang penternakan mendorongnya untuk mengusahakan ikan sangkar seperti talapia, patin serta keli selain turut menjalankan tanaman fertigasi timun, terung dan lada.

"Alhamdulillah, walaupun ada sahaja cabaran untuk menjadi penternak atau petani, tetapi saya tetap bertahan sehingga hari ini, malah mampu memperoleh pendapatan setiap bulan. Mungkin ada yang memandang kerjaya saya sekarang sekadar 'kerja kampung' namun saya gembira melakukannya.

"Setiap hari saya akan turun ke sangkar yang dibina di sungai berdekatan rumah dengan dibantu saudara, Mohamad Abd Noh, 47, untuk memberi makan ikan atau menangkapnya sebelum dijual kepada pemborong atau orang kampung.

"Walaupun saya tidak belajar secara mendalam untuk menternak atau bertani, tetapi hasil tunjuk ajar arwah ayah serta melalui sendiri pengalaman selok belok pekerjaan ini membuatkan saya semakin mahir," katanya ketika ditemui di tapak sangkar ikan miliknya di Kampung Bendang Guchil di sini.

Dia yang juga anak keenam daripada lapan adik beradik, berkata dalam kesibukan menguruskan ikan sangkar dia turut berbudi pada tanah seluas 0.2 hektar dengan membuat tanaman fertigasi pada masa terluang.

Muhammad Kamarulzaman berkata, dia juga berhadapan cabaran dalam mengusahakan ternakan ikan sangkar termasuk mengalami kerugian puluhan ribu ringgit terutama ketika musim banjir.

"Tetapi, saya anggap itu sebagai dugaan dan Alhamdulillah, saya dapat mengatasinya dengan baik. Pengalaman ini mematangkan saya untuk menjadi lebih baik.

"Saya sendiri berharap dapat terus mengembangkan perusahaan dengan menjadi pembekal ikan sangkar di seluruh negara.

"Nasihat saya pada anak muda lain adalah jangan takut mencuba jika anda juga berminat dalam bidang pertanian atau penternakan. Percayalah, jika kerja dilakukan dengan bersungguh-sungguh, anda pasti akan mendapat hasil yang lumayan dan tidak terjangka.

"Saya tidak sesekali menyesal kerana berkerja dalam bidang yang jauh berbeza daripada kelulusan malah menganggap ijazah yang diperoleh sebagai batu loncatan untuk terus berjaya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pendapatan-lumayan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.465508 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list