CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Melaka] Enggan rujuk kerana 'tiada hati' tapi mahu tinggal sebumbung

[Copy link]
Post time 29-1-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Melaka: Enggan rujuk semula bagi menyelamatkan perkahwinan kerana sudah 'tiada hati' antara satu sama lain, tapi sanggup tinggal sebumbung seperti suami isteri.

Itu pengakuan mengejutkan dibuat seorang kontraktor dan bekas isterinya, masing-masing berusia 48 dan 52 tahun yang dicekup bersekediaman sejak lapan tahun lalu tanpa rujuk.

Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIM) Melaka, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, alasan itu diberikan pasangan terbabit dalam kenyataan ketika disoal penguat kuasa JAIM.

"Bila ditanya mengapa tinggal bersama jika sudah tidak suka antara satu sama lain, mereka hanya diam saja.

"Hasil semakan mereka sudah mendaftar perceraian di pejabat agama, namun mengaku tidak pernah rujuk semula dalam tempoh edah dan sehingga kini.

"Hakikatnya, lelaki itu dan bekas isterinya yang juga peniaga makanan bukan bercerai talak tiga dan mereka boleh rujuk semula sebagaimana disyariatkan dalam ajaran Islam," katanya dihubungi di sini.

Menurutnya, pasangan itu juga memberi alasan masih tinggal sebumbung kerana kasihan dan demi kepentingan dua anak mereka, iaitu lelaki dan perempuan berusia 14 dan 17 tahun.

Che Sukri berkata, perceraian itu terbabit diketahui oleh ahli keluarga serta rakan terdekat dan mereka sudah menasihati supaya pasangan itu bernikah semula, namun tidak diendahkan kerana dikatakan selesa dengan keadaan itu.

"Hukum bersekediaman dengan bekas isteri adalah haram dan JAIM menasihatkan supaya pasangan itu segera mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama.

"Jika mahu rujuk semula, wajib bagi kedua-duanya mengadakan pernikahan baru," katanya.

Portal MyMetro sebelum ini melaporkan tindakan pasangan yang bercerai sejak 2015 tetapi masih tinggal sebumbung mengundang padah apabila ditahan penguat kuasa JAIM di Limbongan jam 1 pagi, Jumaat lalu.

Mereka ditahan hasil pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan awam daripada Ahli Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... u-tinggal-sebumbung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053441 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list