CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1970|Reply: 23

[Jenayah] Dirempuh pemandu Navara mabuk, kanak-kanak, bayi cedera parah

  [Copy link]
Post time 29-1-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-1-2023 05:01 PM


https://m.youtube.com/shorts/p1I5YfXY_OM

KLUANG – Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang bayi cedera parah selepas kereta dinaiki dirempuh pacuan empat roda dipandu seorang pemuda mabuk di Kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini pada Sabtu.



Kemalangan pada jam 8 malam itu mengakibatkan Nur Aisyah Humaira, 6, cedera parah di kepala selain mengalami pendarahan di otak dan bengkak tulang rahang.

Bayi berkenaan pula yang juga adiknya, Nur Hana Humaira, berusia setahun lima bulan parah di kepala, mengalami pendarahan otak selain cedera di tulang pinggul.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dua beradik itu masih menerima rawatan di zon merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini manakala bapanya yang juga pemandu dan ibu mereka cedera serta mendapat rawatan di zon kuning hospital sama.

“Kemalangan itu melibatkan pacuan empat roda Nissan Navara dan kereta Toyota Vios dinaiki keluarga berkenaan yang datang dari arah sama iaitu arah Kluang menghala ke Mersing.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan suspek melanggar belakang kereta Toyota Vios sehingga menyebabkan kereta itu yang dipandu lelaki berusia 34 tahun hilang kawalan lalu melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat daripada perlanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta termasuk isterinya berusia 37 tahun yang beralamat di Felda Kahang Timur mengalami kecederaan dan menerima rawatan di HEBHK,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu rakaman video kejadian berkenaan yang berjaya dirakam orang awam sebelum tular dalam media sosial hingga mendapat kecaman ramai kerana memandu melulu dan menjadi punca kemalangan itu.

Bahrain berkata, susulan itu pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan pemandu pacuan empat roda berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun.

“Suspek dipercayai mabuk semasa kejadian tersebut dan sampel darahnya sudah diambil di HEBHK untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan toksikologi,” katanya.

Katanya, saringan ujian air kencing dijalankan ke atas suspek tetapi negatif dan polis akan dibuat permohonan reman di mahkamah pada Ahad.

Suspek katanya, tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka betul....keling ke cina yg mabuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap yang mabuk tu tanggung kos rawatan sampai budak2 tu elok.
Mak pak gi htr anak fisio kat swasta bior pemabuk nibtanggung..jilaka
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nt dorg cakap kes mabuk ni sikit je berbanding jenayah lain. Vavi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dewa antoni dah bawak ke parlimen ke belum isu ni? Hari tu kecoh jap,bila ada kes .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai tgk kat IG,kereta lahanat ni sebelum langgar kereta mangsa ,dia dah langgar kereta lain. Yg rakam tu follow dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
saya minta maaf...berlaku ini accident..saya tak sedar..saya mabuk-pemabuk.Semudah..tu jer la nt...pemabuk anggap tu..xsiden jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mere yanna tangki satti kurayya marpudel kilometer kalalla
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bangsa apa yg mabuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 29-1-2023 09:15 PM
bangsa apa yg mabuk ni

Mcm biasalah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts

Semoga adik2 ni Selamat Dan kembali sembuh.
Lahanat tu Sila sumbat dlm penjara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:54 AM | Show all posts
Ya Allah.. kesiannya.. Ya Allah Kau sembuhkan lah anak2 ini seperti sediakala ya Allah..

Aku takleh imagine kalau ada long term effect kat anak2 tu.. pendarahan otak.. takut effect lain.. silap2 bole paralyzed ke apa.

Sepatutnya si pelaku yang tanggung segala kos hospital n apa2 yg berkaitan dgn anak2 ni nanti sampai dia kembali sihat seperti sediakala..
Naik Navara kot.. takkan tak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:09 AM | Show all posts
nak ban arak terus, katanya takut pelancong x datang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:11 AM | Show all posts
huhu semoga diberi kesembuhan buat mangsa sekeluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Semoga adik ni dan isterinya diberi kekuatan dan ketabahan. Thelaka betul pemandu mabuk ni. Sebab tak langgar anak isteri/keluarga sendiri, so why bother kan.

Nak tunggu berapa banyak kes kemalangan maut sebab mabuk lagi baru nak kuatkuasa undang undang ketat? Ni kalau kena ke family penguatkuasa ke, ahli politik ke, baru terbukak mata tu kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 09:24 AM | Show all posts
Kalau nak minum arak tu bertanggungjawab lah sikit. Naik lah grab or kawan hantar or kau terkelentang kat kaki lima sampai sedar balik.

Kalau setiap kali minum, mabuk, accident orang cedera susah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah permudahkan urusan, angkat kesakitan mereka & beri kesembuhan.
Anak kecik kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:20 PM | Show all posts
mesti dalam lokap kelly ni kena jentik sikit meraung macam nak mati..
dia dah sebabkan orang lain parah dia tak ingat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:43 PM | Show all posts
vavi betul la kelly ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.077390 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list