CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Polis Miri Mohon Bantuan Buru Lelaki Umpil Tabung Masjid

[Copy link]
Post time 29-1-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Polis Daerah Miri sedang mengesan seorang lelaki kerana disyaki mencuri tabung masjid di Masjid Nurul Iman, Kampung Masjid Kuala Baram, di sini.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, ia susulan laporan yang diterima daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Iman pada Jumaat lalu.




Tangkap layar daripada video yang tular menunjukkan menunjukkan seorang lelaki sedang mengumpil tabung masjid di Masjid Nurul Iman, Kampung Masjid Kuala Baram, Miri tular di Facebook.





Katanya laporan dibuat di Balai Polis Pusat Miri selepas video yang menunjukkan seorang lelaki sedang mengumpil tabung masjid di Masjid Nurul Iman tular di Facebook.


“Setakat ini suspek belum ditangkap dan kami memohon orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan suspek,” katanya yang dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, sekiranya terdapat individu yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah, sila tampil ke balai polis yang berdekatan untuk perkongsian maklumat,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.973757 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list