CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 918|Reply: 1

[Dunia] Kelab Bulgaria bengang lawan JDT, boikot keluar padang

  [Copy link]
Post time 29-1-2023 02:20 PM | Show all posts |Read mode
AKSI panas membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab Bulgaria, Levski Sofia menyaksikan perlawanan persahabatan membabitkan kedua-dua pasukan terpaksa ditamatkan lebih awal pada minit ke-54.

Dalam perlawanan di Stadium Jebel Ali Centre of Excellence di Dubai pada Sabtu, JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan itu menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz pada minit ke-24.

Selepas jaringan tersebut, Levski Sofia bermain dengan aksi lebih agresif untuk mencari gol penyamaan, namun sukar mendapat rentak ekoran kecemerlangan JDT menguasai perlawanan.

Aksi agresif pada babak kedua berlarutan sehingga terjadinya pergaduhan pada minit ke-53 menyebabkan perlawanan dihentikan seketika sebelum pemain Levski Sofia bertindak keluar padang dan memboikot perlawanan.

Pemain Levski Sofia mendakwa pemain JDT melakukan kekasaran terhadap pemainnya dan pengadil perlawanan dari Serbia gagal mengendalikan aksi dengan baik menjadi punca mereka memboikot perlawanan.

Namun, berdasarkan video yang viral di sosial media menyaksikan beberapa aksi kekasaran terlebih dahulu dilakukan oleh pasukan dari Bulgaria itu terhadap JDT sehingga mencetuskan pergaduhan itu.

https://www.sinarharian.com.my/article/242697/berita/sukan/aksi-tegang-levski-sofia-jdt-perlawanan-ditamatkan-awal


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh pdhal dh malu kalah dgn jdt.maklumlah jdt xpopular
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057337 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list