CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 1

Kos Stadium Shah Alam baharu tak masuk akal - TMJ

[Copy link]
Post time 29-1-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Kos Stadium Shah Alam baharu tak masuk akal - TMJ


TMJ menyifatkan kos lebih RM700 juta bagi pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebagai tidak logik.


KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos lebih RM700 juta bagi pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebagai tidak logik.

Menerusi satu komen yang dipercayai dibuat beliau di laman Instagram dan kini tersebar di media sosial, Tunku Ismail menganggap pembinaan venue baharu Selangor FC itu adalah berharga RM2 bilion.

"SSI (Stadium Sultan Ibrahim) 400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya 2 bilion. Kerana mempunyai teknologi yang tinggi. 700 juta lebih tidak logik," katanya.

Stadium Shah Alam yang akan dijenamakan sebagai Kompleks Sukan Shah Alam bakal menjadi mercu tanda baharu buat pasukan Gergasi Merah yang akan dijadikan venue tetap pasukan itu.

Gelanggang serba moden itu dijangka siap pada 2026 dan kemungkinan Selangor FC boleh menggunakan stadium berkenaan pada 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menjelaskan stadium baharu itu bakal dilengkapi dengan padang boleh diubah.

Beliau berkata, stadium yang berkapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk itu turut dijangka menggunakan jenis rumput Paspalum atau Zeon Zoysia.

"Saya difahamkan rumput yang akan digunakan sama ada Paspalum atau Zoysia. Buat masa ini masih awal untuk dimuktamadkan, tapi kita akan gunakan rumput selain cowgrass.

"Stadium itu juga akan menggunakan padang boleh ubah, maksudnya ia boleh diguna untuk apa-apa program tanpa merosakkan permukaan rumput.

"Bila rumput dekat luar, dalam (stadium) itu boleh diguna pakai untuk menjalankan aktiviti komersial lain yang boleh menjana pendapat untuk stadium," katanya.

Selain itu, bumbung gelanggang itu juga akan ditutupi dengan bumbung 'transparent ETFE' bagi mengelak daripada terkena hujan bagi membolehkan perlawanan diteruskan selain acara-acara 'indoor' dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan cuaca.

SUMBER:https://www.bharian.com.my/sukan ... -tak-masuk-akal-tmj

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 02:25 PM | Show all posts
baik kelab2 ambil alih stadium ni daerah2, pastu naiktaraf lagi mudah dan jimat, buat je kapasiti 20k-30k, lainlah kalau nak bid utk jadi tuan rumah WC ke baru perlu buat stadium kapasiti cecanggih teramat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.203530 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list