CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 3

MP Kepong Buru Suspek Khianat Kereta Tawar RM500

[Copy link]
Post time 29-1-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Perbuatan khianat dengan merosakkan kereta milik seorang juruacara di hadapan sebuah rumah kedai di Taman Pusat Kepong pada Jumaat lalu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.


Menerusi kemas kini di Facebooknya, Lip Eng menawarkan ganjaran RM500 kepada pemberi maklumat bagi membantu penangkapan suspek.








"Saya ingin menawarkan ganjaran sebanyak RM500 kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat yang boleh membawa kepada penahanan suspek dalam kejadian ini," katanya pada Sabtu.


Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.










FB




Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pengadu yang merupakan seorang wanita berusia 29 tahun telah membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.16 petang, Sabtu.


Tayar kereta mangsa telah dipancitkan selain bahagian bumbung kereta diletakkan tong sampah, beberapa biji botol arak serta sampah sarap


Pengadu kerugian hampir RM500 apabila nombor pendaftaran kereta turut dicabut manakala cermin kanan bahagian penumpang telah diconteng cat hitam yang bertulis 'no park'.








Hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kelibat seorang lelaki yang berkeliaran di kawasan berhampiran disyaki melakukan perbuatan tersebut.


Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:38 PM | Show all posts
apa yg rosak? tayar pancit sampai rm500?? Ni kes parking kat no parking area nih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:53 PM | Show all posts
lain kali parking lah sembarangan menyusakkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:57 PM | Show all posts
walaupun dia parking tempat tak dibenarkan,tapi tak boleh la sampai letak tong sampah  mcm ni...setakat buang angin 4 tayar tu cukup la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.114666 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list