CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1610|Reply: 22

[Tempatan] Airnya suam, harganya panas

[Copy link]
Post time 29-1-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Airnya suam, harganya panas


PELAYAN kedai makan di Medan Selera Penghulu Cantik, Seremban menghantar air suam kepada pelanggan.


Kuala Lumpur: Caj maksimum untuk air suam adalah 20 sen dan penjualan sehingga RM2 disifatkan sebagai melampau serta menekan pelanggan.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, caj minuman air suam ini diletakkan pada kadar paling minimum iaitu 20 sen saja.

Pada masa sama, beliau sedang berusaha untuk mencadangkan supaya air suam atau air kosong ini diberikan secara percuma di restoran terpilih rangkaian Presma.

"Walaupun kita mempunyai kos untuk air suam ini seperti kos servis mesin penapis air dan sebagainya, namun kita cuma untuk menyerap segala kos berkenaan demi keselesaan pelanggan.

"Tindakan pengusaha yang mengenakan caj air suam sehingga RM2 itu adalah sangat melampau dan terlalu tinggi.

"Itu keterlaluan, hanya dengan air suam dikenakan sehingga RM2, saya harap tidak ada ahli Presma yang mengenakan caj sedemikian," katanya.

Mengulas lanjut berhubung cadangan air suam percuma, beliau berkata, cadangan itu timbul apabila ada permintaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terhadap Presma.

Menurutnya, Presma melihat ia satu bentuk cadangan yang baik dan sedang berusaha untuk merealisasikannya di rangkaian restoran terpilih.

"Apa saja kepentingan untuk pelanggan, kita akan cuba buat dan realisasikan walaupun ada kos untuk cadangan itu, tidak mengapa.

"Saya mengharapkan bahawa ia dapat direalisasikan tidak lama lagi selepas semua kertas cadangan ini dipersetujui dan selesai di peringkat Presma," katanya.


PENIAGA, Sri Kartina Thalib, 40, menyediakan air kosong secara percuma kepada pelanggan yang datang ke kedai makannya di Medan Selera Sri Bayu, Batu 4, Port Dickson.


'Kalau nak caj pun biarlah berpada-pada'

Pengusaha kedai makan di negeri ini berpendapat mereka berhak mengenakan caj bagi air suam serta air kosong, namun harga yang ditetapkan biarlah berpatutan dan masuk akal.

Bagaimanapun tinjauan mendapati kebanyakan pengusaha restoran di sekitar Seremban dan Port Dickson tidak mengenakan caj untuk air suam atau air kosong yang diminta pelanggan.

Siti Nor Ain Mohd Sin, 34, berpendapat, harga yang wajar dikenakan adalah 20 sen atau paling mahal 50 sen jika tetap mahu mengenakan caj bagi air berkenaan,

"Ada pelanggan datang dan minta air suam, memang saya tak caj. Kalau mahu kenakan bayaran, biarlah berpada-pada kerana bagi saya harga sehingga RM2 untuk segelas air suam memang tidak wajar.

"Jika pelanggan datang beramai-ramai dan minta air suam, saya caj 20 sen sebab cawan perlu dibasuh. Kebiasaannya peniaga kenakan bayaran paling tinggi pada 50 sen sahaja," katanya, semalam.

Beliau mengulas tindakan tidak wajar seorang pemilik premis makanan di Port Dickson yang diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas mengenakan caj RM2 bagi segelas air suam.

Tinjauan wartawan di sekitar daerah itu juga mendapati sudah banyak premis makanan yang menyediakan 'mesin air suling' yang diberikan secara percuma namun pelanggan perlu melayan diri.

Peniaga di Medan Selera Penghulu Cantik, Rosmawati Abdul Rahim, 46, berkata, pengusaha kedai makan perlu berpada-pada meletakkan harga makanan dan minuman lebih-lebih lagi jika menyewa dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengenakan caj sewa jauh lebih murah.

"Saya berniaga di sini hampir 20 tahun dan tidak pernah mengenakan caj air suam atau air kosong walaupun pelanggan minta 10 gelas. Tiada masalah jika mahu caj, namun biarlah berpatutan.

"Medan selera ini di bawah pengurusan PBT dan sewanya lebih murah. Jadi tidak wajar mengenakan caj mahal bagi harga makanan atau minuman," katanya.

Pemilik restoran di Seremban 2, Shahrul Iswan Zailan, 36, pula berkata, sejak membuka restoran empat tahun lalu, dia sememangnya tidak mengenakan sebarang caj untuk air suam dan air kosong kepada pelanggan.

"Di setiap meja makan saya akan sediakan sebotol air kosong dan jika tidak cukup, pelanggan boleh ambil secara percuma di mesin air disediakan.

"Niat saya sambil berniaga mahu bersedekah. Tapi kalau peniaga lain nak caj pun tiada masalah, cuma harganya perlulah bersesuaian," katanya.

Terdahulu, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dilaporkan menerima aduan mengenai peniaga di sebuah medan selera di Port Dickson yang mengenakan caj air suam RM2.

Susulan aduan berkenaan, MPPD dikatakan tidak akan memperbaharui lesen peniaga berkenaan.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... suam-harganya-panas


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah dia nk meniaga...  kalau xnak byr bawak air dr rumah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 29-1-2023 01:38 PM
Biarlah dia nk meniaga...  kalau xnak byr bawak air dr rumah

no hal..kang bila kita bawa...depa pulok jeling..sambil ngata.."cik..makanan & minuman dr luar tak boleh bawa masuk".
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-1-2023 04:09 PM
no hal..kang bila kita bawa...depa pulok jeling..sambil ngata.."cik..makanan & minuman dr luar tak ...

Kan....ada jgk kedai yg siap tampal notis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-1-2023 04:09 PM
no hal..kang bila kita bawa...depa pulok jeling..sambil ngata.."cik..makanan & minuman dr luar tak ...

stakat ni kalau air masak dlm tumbler/tupperware yg mmg obviously nampak la tumbler utk air masak, mana kedai pun tak kisah kita bawak dari luar. esp kalau ada anak2..  Tapi kalau bawak air tin atau air sedap2 dari luar mmg dorang tegur awal2 sblm masuk/ambik order
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi sbnrnya i ok je air masak kena charge rm2. org meniaga kan… TAPI  Kot rm10 mmg tak masuk kedai tu sampai bila2 dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah kerajaan tak trun padang pantau harga air
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 29-1-2023 01:38 PM
Biarlah dia nk meniaga...  kalau xnak byr bawak air dr rumah

Kalau nak makan bekal sila ke pantai cik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-1-2023 04:09 PM
no hal..kang bila kita bawa...depa pulok jeling..sambil ngata.."cik..makanan & minuman dr luar tak ...

Kita jgn la masuk kedai xleh bawak air masak...kita cari kedai air masak free atau boleh bawak botol air masak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
2 ringgit melampau la dek. 50 sen max. Kalau air dr Coway lain le dek.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku tak perlu caj pun air kosong air suam ni. Tak jatuh miskin pun kau bagi minum orang yang datang..malah lebih bagus memberi minum kepada org yang haus. Simple sedekah gitu. Tiberrr mode setajah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamak mn yg caj 20 sen tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tak mampu bayar air suam rm2, jgn minum air suam, minum air paip

Yg benar
Menteri xxx
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
RM2 melampau ah.bukan ada gula ke guna air mineral ke.air semata.agak2 ler nk untung cepat pon.
Abes teh o jual berapa segelas?rm5 ke?lg murah air dlm tin
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 29-1-2023 11:04 PM
Kalo tak mampu bayar air suam rm2, jgn minum air suam, minum air paip

Yg benar

Tapi minom air suam boleh bunoh virus covid-19 kata bekas Menteri Kesihatan, Doktor Adham Babavangang
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 29-1-2023 09:08 AM
Pada aku tak perlu caj pun air kosong air suam ni. Tak jatuh miskin pun kau bagi minum orang yang da ...

Allah bagi rezeki tapi Allah bagi bentuk mentah.
Ada org cakap . Manusia kalau hidup cuma utk cari makan
Dah sama mcm haiwan. Tapi i nak cakap. Haiwan tak payah
Bayar sewa rumah. Xde transport. Yang kita ni gi keje.
Pastu beli kereta. Kereta rosak. Tak leh gi keje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamboiiiii. Kemain harga air suam dua hengget macam nak pergi haji balik hari jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
air suam rm2 baik beli air botol mineral tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:55 AM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 29-1-2023 04:46 PM
2 ringgit melampau la dek. 50 sen max. Kalau air dr Coway lain le dek.

ada kedai x cas pun even coway

klu kata dh masuk tab dgn mknn lain, tu different story


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:02 AM | Show all posts
kenaikan harga barang mcm domino effect..gara gara secawan kopi semua akan turut naik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.396930 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list