CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 877|Reply: 3

endera BN Depan Rumah Diturunkan - Azhar Sulaiman

  [Copy link]
Post time 29-1-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode


Azhar Sulaiman Umum Undur Diri Jadi Penganjur Bebas UMNO, Bendera BN Depan Rumah Diturunkan

Pelakon Azhar Sulaiman membuat keputusan untuk meninggalkan parti UMNO selepas mendakwa tiada apa yang perlu diperjuangkan lagi susulan ‘peperangan’ parti itu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang telah menemui titik noktah.

Dalam perkongsiannya di laman Instagram, beliau membuat pengucapan khas kepada parti yang selama ini disokongnya dan akan berhenti menjadi penganjur bebas buat UMNO.

“Selamat maju jaya kepada UMNO.

“Saya secara rasmi berhenti dari menjadi promoter freelance UMNO bermula hari ini,” katanya pada Sabtu.

Ujarnya, peperangan antara UMNO dan DAP telah pun tamat, oleh itu tiada apa yang perlu diperjuangkan oleh dirinya lagi untuk parti politik tersebut.



Dalam pada itu, beliau turut mengepilkan sebuah video berdurasi 45 saat menunjukkan kenangan semasa menyertai UMNO serta video dirinya menanggalkan bendera Barisan Nasional (BN) di hadapan rumahnya.

Pelakon drama Projek High Council itu juga dilihat turut melipat bendera BN dan meletakkannya di tepi sudut, sambil meninggalkan songkok di atas bendera, menunjukkan tanda selamat tinggal kepada parti itu.

Beliau menitipkan kata-kata terakhir dan meluahkan rasa berterima kasih kepada UMNO kerana memberikan pertolongan dan bantuan secara langsung dan tidak langsung.

“Semoga semuanya akan menjadi baik-baik sahaja selepas ini.

“Saya pergi dulu. Terima kasih di atas segala pertolongan dan bantuan yang telah diberikan kepada saya secara sedar atau pun tidak selama ini and I really appreciate it,” tambah Azhar lagi.

Semalam, UMNO telah memecat dua ahli Majlis Tertinggi (MT) iaitu Tan Sri Noh Omar dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin atas sebab pelanggaran displin parti mengikut Perlembagaan UMNO.

Difahamkan, pemecatan itu dibuat kerana kesalahan yang dilakukan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 lepas.

Sementara itu, media turut melaporkan empat lagi ahli yang lain pula digantung hak dalam parti selama enam tahun.

Empat ahli tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Shariff.

  



Sumber: Azhar Sulaiman via Instagram
https://siakapkeli.my/2023/01/29 ... 9YeHYVeFCcVMneGujV4

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 12:19 PM | Show all posts
penat jah berperang dgn DAP khennn...
no DAP no Anwar katanya sambil cium keris.... ujong2 jilat ludah sendiri yach...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 12:25 PM | Show all posts
lamberttttt bethol IQ si Azhar nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak la punca semua nih.... Dia ni saka betul..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054292 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list