CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1491|Reply: 22

[Tempatan] KLIA ke-2 tersibuk di ASEAN, ke-40 di dunia; Singapura yang dah hilang gah cuma ke-6 ASEAN di belakang Vietnam

  [Copy link]
Post time 28-1-2023 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 29-1-2023 12:01 AM


KLIA direkodkan sebagai yang kedua paling sibuk di rantau ASEAN selepas Jakarta, Indonesia. - GAMBAR IHSAN MAHB

PUTRAJAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang muncul sebagai terminal udara kedua tersibuk di Asia Tenggara dengan 382 penerbangan sehari.

Pencapaian hebat itu disiarkan menerusi laman sesawang FlightsFrom.com diterbitkan firma statistik penerbangan antarabangsa ternama, Westcoast Digital berpusat di Sweden.

Berdasarkan perangkaan terkini akhir minggu lepas, KLIA di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia dengan 502 penerbangan setiap hari.

Apa yang menarik, hab pengangkutan udara komersial paling besar di Malaysia itu lebih sibuk berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand.

KLIA didapati memiliki kelebihan tujuh penerbangan sehari daripada Bangkok, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, Filipina pula di posisi keempat.

Anehnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura cuma di tempat keenam di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Jika di peringkat Asia pula, KLIA yang turut merangkumi terminal klia2, berada di tangga ke-16 manakala juara benua ini diraih Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di China.

Terminal di Guangzhou, ibu kota wilayah Guangdong itu mengendalikan 650 penerbangan setiap hari diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, India.

Tempat ketiga pula dipegang oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun disusuli Istanbul, Turkiye; Pudong, Shanghai, China dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Sekiranya dilihat rekod perbandingan di peringkat dunia pula, KLIA berada di posisi ke-40 di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, Kanada di tempat ke-39.

Empat buah terminal udara di Amerika Syarikat menduduki kedudukan teratas carta global dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta di tangga pertama.

Ia direkodkan mengendalikan sejumlah 902 penerbangan setiap hari diikuti O’hare Chicago, Illinois; Fort Worth Dallas, Texas dan Denver, Colorado manakala kelima ialah Baiyun.

FlightsFrom.com menjelaskan bahawa jumlah penerbangan yang dikira itu hanya meliputi penerbangan berjadual dan tidak membabitkan sewa khas atau pengangkutan barang.

Data yang dihitung itu melibatkan sejumlah 84,553 penerbangan setiap hari di seluruh dunia dengan paling banyak direkodkan ialah sekitar Asia iaitu 34,395 penerbangan sehari.

KLIA yang dibuka pada 1998 lalu bersempena dengan penganjuran Sukan Komanwel di Kuala Lumpur, diuruskan oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad milik kerajaan.

Terminal kebanggaan nasional itu menjadi hab untuk Malaysia Airlines, Air Asia, Batik Air dan UPS Airlines serta menjadi destinasi bagi 55 buah lagi syarikat penerbangan lain. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/klia-ke-2-tersibuk-di-asean-ke-40-di-dunia/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sekali bangla mai 500k....'cakap lu'.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini data flight movement.

Ranking yg biasa dibuat ialah passenger movement.

Changi handles long haul banyak wide body A330 & above. Jakarta & KL banyak domestic flights mostly 737 & A320.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nak cakap. Singapura tak 'hilang' gah. TT yang tak faham apa dia tepek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2023 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Anehnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura cuma di tempat keenam di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Ho Chi Minh City, Vietnam.…zaman2 kejatuhan dah bermula
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 29-1-2023 10:06 AM
Anehnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura cuma di tempat keenam di belakang Lapangan  ...


60 tahun kita merdeka...and we are still playing catch up game.....and at present,  we are easily 6-7 yrs behind them in all fronts...so kalo nak sebut the beginning of her downfall...dimana keww kedudukheun kita sekarang?

Bak kata hang tuah...."dgn  taming sari ditangan jebat,jgn nak dikatakheun membunuh jebat, melukakheunnya belum tentu lagi..."

Paham kheunz?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2023 10:57 AM | Show all posts
sbb singapore changi airport xder flight domestic mcm jakarta and KLIA.... anyway, bangkok plak ada 2 airport; Suvarnabhumi ngan Don Mueang.. so aku rasa kalo combine 2 airports tu maybe bangkok yg dapat no 1 kat peringkat asia tenggara ni... mmglah KL pown ada subang airport sbgai airport kedua tp xlah sebesar dan sesibuk airport mcm airport don mueang kat bangkok tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
SINGAPORE GIRL. YOU ARE A GREAT WAY TO FLY......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 01:31 PM | Show all posts
stingerpressor replied at 29-1-2023 10:59 AM
SINGAPORE GIRL. YOU ARE A GREAT WAY TO FLY......

singapore Girls 80%

org Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la selalu delay… bangga ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 29-1-2023 01:31 PM
singapore Girls 80%

org Malaysia

Lubuk emas...who wouldnt?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerpressor at 29-1-2023 01:57 PM

My own personal shopper a chief stewardess  with SQ....org sibu sarawak.....dah coming close to 20yrs in service...takmo kawen....sebab love her job so much.....

Malaysian Airlines? She would just roll eyes......
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 01:55 PM | Show all posts
Spore airport best kann...dah le cantik.
Selesa plak tu..tmpt duduk pun sofa smua org leh bsantai tlentang soket plug keliling
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 29-1-2023 01:55 PM
Spore airport best kann...dah le cantik.
Selesa plak tu..tmpt duduk pun sofa smua org leh bsantai tl ...

The one airport in the world I wouldnt mind or even komplen to have transit for hours.....and hours....

Its the culture of warmth and homecoming/hospitality that sejauh ini aku tak rasa ada any other airport in the world that can come close to it....

Negara kapir ni kheunz?



Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 29-1-2023 02:08 PM
Meiizu replied at 29-1-2023 01:55 PM
Spore airport best kann...dah le cantik.
Selesa plak tu..tmpt duduk pun sofa smua org leh bsantai tl ...


Aah betul tu... Waiting area kt gate dia tu mmg besar dan best sgt... Rasa selesa jah lepak2 sementara tngu flight...
Jln2 sekitar airport pun best...xleh nk nk deny one of my fav airport utk transit...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 29-1-2023 02:06 PM
Aah betul tu... Waiting area kt gate dia tu mmg besar dan best sgt... Rasa selesa jah lepak2 semen ...

Kalo nak kata  cantik bersih .....aku rasa banyak lagi airports yg sama taraf or even better tapi...that feel...seolah setiap kali berada disana...seperti you are really being welcomed walau sekadar melintas lalu ....

This kind of excellent 5☆ service that we definitely can learn much about......kalau jenis masih tak bodoh sombong ler org kita kheunz? To learn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling nyibuk dalam forum ni ahim
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Klia jauh panggang dr api lagi nk jadi sehebat changi..

Changi byk internasional flight ke north america europe even africa..klia stakat jaguh kampung domestic dgn regional fligh ja yg byk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tp changi tetap paling best bg iols. klia2 tu ghope bus stand je kalau nak compare dgn selesa, lawo, bersihnya changi tu. paling menyampah segala benda nak buat mcm mall  restoran2 semua mcm pegi mytown je. nak nasi lemak makcik2 pun takda. Takda identiti malaysia langsung klia ke klia 2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:47 PM | Show all posts
Highflyer19 replied at 29-1-2023 10:06 AM
Anehnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura cuma di tempat keenam di belakang Lapangan  ...

Hebatlah KLIA...semoga terus maju jaya..............
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.069369 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list