CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Tempatan] Kongsi maklumat SJR polis dalam Waze ganggu penguatkuasaan

[Copy link]
Post time 28-1-2023 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Kongsi maklumat SJR polis dalam Waze ganggu penguatkuasaan


AZMI Abu Kassim. FOTO Arkib NSTP


Kuala Lumpur: Perkongsian maklumat sekatan jalan raya (SJR) atau kehadiran polis di aplikasi Waze boleh mengganggu penguatkuasaan terhadap golongan pemandu ingkar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, meskipun ada pandangan mengatakan perkongsian itu membuatkan pemandu lebih berhati-hati, ia menjadi 'halangan' dalam tindakan terhadap pemandu ingkar.

"Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung untuk memandu dalam keadaan berhati-hati dan sentiasa

mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Walaupun ia dilihat memberi manfaat kepada pemandu, namun dalam masa yang sama, ia menghalang penguatkuasaan terhadap pemandu yang ingkar terutamanya mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan kesalahan trafik lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program High Porfile Policing Ketua Polis Kuala Lumpur di Wonderland Park, di sini, malam ini.

Sebelum ini tular mengenai penggunaan aplikasi Waze yang menunjukkan Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya memberi kerjasama dengan tidak berkongsi maklumat SJR yang diadakan atau kehadiran polis di dalam aplikasi itu.

Nasihat itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Azmi berkata, pengguna jalan raya harus sedar bahaya dihadapi disebabkan oleh kecuaian pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk, melanggar lampu isyarat, memandu melawan arus dan lain-lain lagi.

"Bagi individu yang tidak pernah terkesan dengan musibah yang diakibatkan oleh kecuaian dan kelalaian pesalah-pesalah trafik ini, tidak akan dapat merasakan keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

"Oleh itu, besarlah harapan saya supaya orang ramai terutamanya pengguna jalan raya memberi kerjasama kepada pihak polis daripada cuba membantu mereka-mereka yang melakukan kesalahan jalan raya ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nggu-penguatkuasaan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057370 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list