View: 492|Reply: 2
|
[Dunia]
Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti
[Copy link]
|
|
DJ Flavinha memegang meriam kecil konfeti sebelum kertas-kerta perak 'meletup' ke arah mukanya di Santa Catarina baru-baru ini. - @djflavinhaa/Instagram
Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti
RIO DE JANEIRO – Seorang deejay wanita lari dari pentas semasa pertunjukannya di Brazil selepas secara tidak sengaja meletupkan mukanya dengan meriam kecil konfeti, lapor portal berita Daily Star semalam.
Flavia Ribeiro dikenali sebagai DJ Flavinha, melecur tahap pertama dan luka di mukanya semasa kejadian di Santa Catarina, Brazil pada 21 Januari lalu.
Klip video kesilapan itu tular di media sosial dan mendapat berjuta-juta tontonan. Ia memaparkan detik-detik ketika dia mengacukan meriam itu ke udara di hadapan sejumlah pengunjung persembahannya.
Ketika itu, harapan DJ Flavinha adalah untuk membuatkan kertas-kertas perak jatuh menimpa peminatnya namun dia tidak sedar telah menghalakan muncung meriam pada wajah sendiri.
Meriam itu ‘meletup’ ke arah mukanya menyebabkan dia berlari ke belakang pentas, manakala penonton terkejut menonton aksi tersebut. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... bak-meriam-konfeti/
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Oh baca berita 1st degree burn sajork... so outer layer saje, cepat je sembuh tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|