TMJ beri bayangan Khairy bakal jadi CEO JDT dalam laman instagram milik beliau.
KUALA LUMPUR: Adakah bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bakal menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT)?
Persoalan itu bermain dalam fikiran peminat bola sepak tempatan susulan hantaran terbaru pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya, hari ini.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Tunku Ismail seakan memberi bayangan bahawa Khairy bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.
"Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor," tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar beliau bersama Khairy.
Kenyataan Tunku Ismail itu menghangatkan lagi suasana ketika Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dilaporkan dipecat dari parti itu.
Bagaimanapun tidak mustahil bayangan yang diberikan Tunku Ismail itu menjadi kenyataan dengan Khairy dilihat memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi selain berpengalaman sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Sementara itu, Khairy turut membalas hantaran itu di Instagram rasmi beliau dengan gambar yang sama bersama baginda dengan komen: "One door closes, others will open. Rezeki di tangan Allah."
Bekas Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada Mei 2013 sehingga Mei 2018.
Khairy, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu dipecat daripada UMNO, semalam.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan mengesahkan Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sr Noh Omar, dipecat daripada UMNO.
Beliau dilaporkan berkata, kedua-duanya dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
-Adoiii KJ tolonglahh not this door, ko jadi balaci sigems nanti. Dia ni klu dia byr gaji kat org, org tak blh ada opinion yg lain dr dia, baik terusss jadi barua umno jahh lol
Post time 29-1-2023 11:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Rogue98 replied at 28-1-2023 11:40 PM
Bagus lah ....dgn tmj KJ takleh lawan ....nama jer CEO tp kena jd Pak turut jer. Dah lah bukan org j ...
Emmm hari nj kena buang umno.. eaok tmj amik.. untung ko kj.. kije brseopah cari ekau.. kalo marhaen dah laa idup susah.. kena buang koje plk.. agaknya ade kbaikan yg dia buat smpai Allah bg duit dan kj berpisah tiada