CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 7

[Politik] 'KJ pemimpin bijak, kalau berminat boleh buat permohonan' - Muhyiddin

[Copy link]
Post time 28-1-2023 08:44 PM | Show all posts |Read mode
PAGOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia membuka ruang dan mempertimbangkan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu lebih-lebih lagi apabila melibatkan permohonan penyertaan daripada pemimpin UMNO seperti bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menyifatkan Khairy sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, ujarnya, bekas Ketua Pemuda UMNO itu boleh mengemukakan permohonan beliau sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.

“Khairy ini orang bijak pandai dan banyak orang suka. Tetapi tidak mengapa semua (yang dipecat) ini saya kenal (jadi) terserah kepada mereka kalau mereka rasa sesuai (sertai Bersatu).

“Bukan saya nak memuji, tetapi ketika dia (Khairy) bersama saya dan kerajaan dahulu saya lantik dia jadi menteri walaupun parti tidak menamakan dia dulu. Jadi, kita kenal dia bijak orangnya dan politik pun boleh tahan matang.

“Kalau Khairy berhasrat untuk bersama menyertai (Bersatu), dia boleh buat permohonan, berbincang dan kita akan pertimbangkan secara baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina, Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini pada Sabtu.

Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan Khairy dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti.

UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

AstroAwani





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahhh si sembab lagi melembab ni punnn.. kalut sgt aih
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:55 PM | Show all posts
masuklahhh kj.pegilah kpd yg sudi.betullah ko bijak...peja,mejah,jemin semua tu BODOH
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra. Kita tidak pernah lagi mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra sepertimana abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra itu.

Bersyukurlah kita semua kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra yang telah mengilhamkan Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan negara kita mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu. Marilah kita berganding bahu bersama-sama together-gether saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diilhamkan oleh abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu dapat dicapai di bawah pemerintahan kerajaan abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra ini.

(306 patah perkataan sahaja)
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Al father ostax khairy jemaludah akan membawa sokongan anak2 muda naif ke pnbest
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:02 PM | Show all posts
baguih la...kena kick dari parti sampah...
kurang2 tak jadi sampah sarap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 11:33 PM | Show all posts
KJ bijak, kalau masuk bersatu memang tak bijak lah. Baik join PKR, boleh juga intai intai pegang GLC dan bring up your credibility dalam kerajaan yang sedang berkuasa sekarang.. kalau masuk pembangkang memang pelan pelan semakin krik krik la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
skrg kerajaan x tentu 4tahun lagi pon menang. xyah takabur sgt. sapa yg dpt peluang tu kerjalah elok2x walaupon x nak terima gaji ya. hidup umpama roda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.081035 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list