CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 890|Reply: 10

[Tempatan] KJ dipecat sebab cakap 'Umno dah sesat'.

[Copy link]
Post time 28-1-2023 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Umno mengesahkan bahawa hasrat Khairy Jamaluddin untuk "membersihkan" Umno telah menyebabkan dia dipecat.

Sumber itu berkata pemecatan tersebut bukan kerana Khairy membantah jawatan presiden Umno tidak dibuka untuk dipertandingkan, sebaliknya kerana ucapannya semasa kempen pilihan raya umum ke-15.

Secara khusus, dia memberi ucapan tentang menjadi reformis dalam Umno yang telah "sesat".

Sumber yang rapat dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi itu berkata ucapan terbabit disifatkan sebagai serangan terbuka terhadap Umno dan melanggar disiplin parti.

"Tak betul dakwaan yang (pemecatan) ini sebab isu tak setuju usul tiada pertandingan," kata sumber itu sambil menjelaskan orang lain yang membantah usul tersebut tidak menerima nasib yang sama.

Sumber itu mendakwa lembaga disiplin Umno membincangkan perkara berkenaan selama sebulan sebelum membuat cadangan kepada majlis tertinggi - dan tidak bermesyuarat selepas perhimpunan agung.

Semasa berkempen untuk kerusi Sungai Buloh November lalu, Khairy berkata Umno telah sesat dan perlu diperbetulkan semula - sambil menjarakkan dirinya daripada Zahid.

"Janganlah berselindung lagi. Orang Melayu sentiasa ada (perasaan) sentimental terhadap Umno. Cuma Umno ini dah sesat dan perlu kembali ke pangkal jalan dan perlu diperbetul semula.

"Saya nak menang PRU15 untuk memastikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri. Selepas itu kita bersihkan semula Umno serta bawa balik keyakinan rakyat.

"Saya ini reformis dalam Umno dan tak boleh kunci mulut saya. Sebab itulah dihantar ke Sungai Buloh.

“Kalau tiada sesiapa berani ketengahkan, sampai bila-bilalah tak akan berubah," kata Khairy pada ketika itu.

Walaupun tewas di Sungai Buloh, bekas Ketua Pemuda Umno itu berikrar menunaikan ikrarnya untuk membersihkan parti dengan menyasarkan jawatan presiden parti.

‘Noh Omar sabotaj Umno’

Bagaimanapun, perhimpunan agung Umno baru-baru ini meluluskan usul perbalahan untuk tidak membenarkan pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Menantu kepada bekas presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi itu juga mendakwa terdapat "perwakilan hantu" yang menyusup dalam PAU 2022 untuk membantu memenangkan usul berkenaan.

Menerusi Twitter selepas dipecat, Khairy berkata dia "tidak tunduk, tidak bengkak dan tidak putus asa" walaupun telah dipecat oleh parti kesayangan yang selama ini diletakkan kesetiaannya.


Sementara Khairy dihukum kerana didakwa mengkritik parti, sumber itu berkata Noh Omar pula digantung enam tahun kerana mensabotaj calon parti itu di Tanjong Karang.

Bagaimanapun, Noh meminta dipecat dan bukannya digantung kerja malam tadi dan hajatnya itu dimakbulkan.

Bekas ketua Umno Selangor itu telah digugurkan sebagai calon Tanjong Karang selepas enam penggal berkhidmat dan digantikan oleh Habibah Mohd Yusof.

Hisham didakwa sokong Muhyiddin jadi PM

Umno kemudian kehilangan kubu kuat Selangor buat pertama kali, dengan Perikatan Nasional merampas kerusi itu.

Begitu juga, bekas ahli parlimen Jempol Salim Sharif digantung tugas kerana didakwa cuba mensabotaj penggantinya di kerusi itu.

Sumber itu juga berkata Ahli Parlimen Sembrong Hishamuddin Hussein digantung tugas kerana didakwa cuba mendapatkan ahli parlimen Umno menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas pilihan raya.

Bekas Adun Tiram, Maulizan Bujang digantung tugas kerana didakwa membantu Hishamuddin dalam mengumpul akuan berkanun (SD), kata sumber itu.

Bagi bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan, sumber itu berkata dia juga telah digantung tugas kerana mendakwa Umno telah tersesat.

Pemecatan dan penggantungan itu dikritik sebagai langkah Zahid untuk membersihkan pesaingnya di dalam Umno.

Malaysiakini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ bakal sertai pengurusan JDT?
Astro Awani
Januari 28, 2023 22:23 MYT
KJ bakal sertai pengurusan JDT?
Tunku Ismail seakan memberi bayangan bahawa Khairy bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan. - Gambar Instagram HRH Crown Prince of Johor.

Macam helang jdt sambar kavajayjay....

Rezeki tak salah alamat...

Besok jugak mau angkat jersey jdt  emborse kj the ceo

Yehaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
JDT under kavajayjay stewardship bakal membawa club selatan ini ke persada dunia....

Hip hip hoorayyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jadi piyem pun takpa...ceo jdt pun ceo ler.......



Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kan jadi CEO kat WHO!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Normiang-Baru replied at 28-1-2023 10:40 PM
Ingat kan jadi CEO kat WHO!!

Who tak nak employ heols ke?
Bukan ke dah laga pipi dgn gates?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Next agong sultan johor lak. Laluan mudah jugak ni leh jd penasihat negara ape2 lak nnt
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 28-1-2023 10:43 PM
Next agong sultan johor lak. Laluan mudah jugak ni leh jd penasihat negara ape2 lak nnt

Adakah bangsa j bakal mendapat boster setiap minggu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tidak bengkak

Letak je lah alasan apa-apa pun nak buat tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-1-2023 10:42 PM
Who tak nak employ heols ke?
Bukan ke dah laga pipi dgn gates?

Mentang2 lah KJ x menang kerusi parlimen…cuba kalau menang, sure kena gantung je kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mt umno ingt rakyat msia ni bodo mcm ahli umno ker?

Ckp je la kj blh tapau jwtn president. So president nak secure. Sendiri blh pk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.096655 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list