View: 4610|Reply: 80
|
[Tempatan]
Pelajar nekad goda pensyarah status suami orang
[Copy link]
|
|
Pelajar nekad goda pensyarah status suami orang
PETALING JAYA – Semakin ramai golongan wanita yang berani bertindak mengganggu rumah tangga orang lain sehingga sanggup dijadikan isteri kedua selain menjadi punca berlakunya penceraian ke atas perkahwinan pertama lelaki itu.
Terbaharu, menerusi perkongsian video oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun di TikTok, beliau bercerita mengenai kisah sekumpulan pelajar perempuan di sebuah istitusi pengajian tinggi (IPT) yang meletakkan sasaran untuk memiliki pensyarah mereka meskipun lelaki itu berstatus suami orang.
Menurut Asma’, perkara tersebut pada awalnya diceritakan oleh seorang lelaki yang juga pensyarah di IPT tersebut yang secara kebetulan terdengar perbulan di antara pelajar-pelajar berkenaan ketika sedang makan di sebuah kafeteria.
Katanya, pelajar berkenaan beranggapan lelaki yang sudah berkahwin mempunyai kewangan yang stabil serta lengkap dengan pengalaman dalam berumah tangga.
Lebih dahsyat, pelajar tersebut turut merancang untuk berkahwin di luar negara sekiranya tidak berhasil mendapat kebenaran daripada isteri pertama pensyarahnya.
“Bahaya pelajar mata duitan kejar pensyarah. Dia tak kisah lelaki itu suami orang atau bukan, asalkan dia kaya,” kata Asma’.
Bercerita lanjut, Asma’ memaklumkan pelajar tersebut langsung tidak menghiraukan sekiranya dia dimarah oleh keluarga lelaki itu mahupun daripada pihak si isteri disebabkan sasarannya untuk memiliki pasangan kaya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang beranggapan sebahagian besar golongan wanita terdesak untuk hidup kaya dengan menyasarkan suami orang untuk dijadikan pasangan hidup.
“Cinta nombor dua, janji poket tebal. Suami orang lagi jadi sasaran wanita mata duitan, sebab itu ramai jadi bini dua dan ramai juga penceraian berlaku sebab orang ketiga,” kata Azizul.
“Dia ingat kalau mengurat pensyarah, markah peperiksaan dapat semua A, sebab itu ‘kebulur’ sangat nak cari orang kaya, belajar malas,” seloroh Aryn. – KOSMO!
Pelajar nekad goda pensyarah status suami orangSemakin ramai golongan wanita yang berani bertindak mengganggu rumah tangga orang lain sehingga sanggup dijadikan isteri kedua.
www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Loorrrrr...takat pensyarah pun ko nk goda....baikla ko goda bisnesman ratus juta yg bukan laki org....berbaloi....tu pun kalau muka lawa la |
|
|
|
|
|
|
|
soalan: pensyarah kaya ker ? |
|
|
|
|
|
|
|
Baik lepak kat club orang kaya dik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tak pun ko tanya daiyan tips nak dapat free designer handbag. Ko tanya pr mana sheols guna.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 28-1-2023 10:22 PM
objektif hidop ummah,
duit
pengaruh
anu
tambah satu lagi,
puak capub |
|
|
|
|
|
|
|
bosannya cerita |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 28-1-2023 09:50 PM
soalan: pensyarah kaya ker ?
Tgok pangkat..kalo prof,prof madya tu gaji byk kot..Kwan aku ckp lecturer die brsara pencen bulan2 6k mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
start posting untuk yang ada title Dr PhD adalah 52, gaji RM8k sebulan, termasuk elaun bla3.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak hidup mewah le tu...
Senang nak ootd dengan barang mewah dan berjenama..itu yg pikir nak mengaut laki orang..ingat semua laki org tu senang dan banyak duit ke dik?
Lain le kau mengaut sultan...kalau sekadar pensyarah U..usahle..ntah2 duit kete pon kongsi ngan bini ???? |
|
|
|
|
|
|
|
I nak ckp..pensyarah x kaya. .setakat senang jelah...walau gaji 5 angka tapi klu dah tolak hutang itu ini...baki hanya ckp2 mkn dan sekadar blh bernafas je..so x yah aim pensyarahlah...aimlah ahli politik...tu mmg kaya???? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak presiden umno pun dah normalize benda camni, nak buat camne kan? Lom lagi shamsol dgn bini no2 yg sundal tu |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 28-1-2023 06:50 PM
Loorrrrr...takat pensyarah pun ko nk goda....baikla ko goda bisnesman ratus juta yg bukan laki org.. ...
Bisnesman pun xramai bersepah
Takat jual burger mana pandang |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh
kalau prof-prof pencen ... pencen depa dah belas2 ribu .. kalau awal dapat ke-profannya
kalau pensyarah pencen dlm rm6k tu pensyarah biasyer biasyer .. tapi masyukk lah rm6k/m goyang goyang jer kat rumah
hmmm
gatai lah budak2 20an nak goda pensyarah
kalau anak aku, aku cabai bijinya
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tauuu
mampu ke nak berpoligami dengan gadis muda mata duitan kalau gaji sekadar ~ rm10-12k
nak yg gaji banyak belas2 k puluh k haruslah dah tua2
kalau jenis handsome, mungkinlah tua pun masih aummmmm
nota: ini merujuk kpd topik kita tau ....
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 28-1-2023 11:17 PM
ishhh
kalau prof-prof pencen ... pencen depa dah belas2 ribu .. kalau awal dapat ke-profannya
Ko ingat anak ko bodoh? ....nak goda prof nyer depan maknya? Prinsip pandai makan pandai simpan bukan keeww yg ko didik pada anak anak ko minus the special one iteww ?
Agak agak ler...macam dia tak tahu maknya pun boleh tahan gariknya dlm porum.....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|