CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3156|Reply: 27

Banyak juga duit dia....Black bakal buka villa penginapan di Langkawi

[Copy link]
Post time 28-1-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Black idam ceburi projek perhotelan di Langkawi



Black bakal buka villa penginapan di Langkawi






Kuala Lumpur: Demi mengumpul aset dan jaminan masa depan keluarganya, penyanyi Black, 36, bakal membuka villa penginapan berkonsepkan lantai 'glow in the dark' pertama di Asia dekat Langkawi, Kedah.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah berkata projek itu adalah perniagaan terbaru miliknya di mana dia sendiri membina penginapan terbabit dan dibantu empat tukang rumah.

"Idea membina villa itu tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa endemik. Memandangkan saya memang ada perniagaan rumah sewa di Langkawi, kemudian terfikir untuk kembangkan lagi dengan membina villa pula.

"Segala aset ini tidak lain memang saya nak kumpul untuk jaminan jangka masa panjang buat keluarga saya. Saya pilih Langkawi kerana lokasi itu memang akan sentiasa jadi tarikan pelancong serta pilihan tepat untuk bercuti.

"Pembinaannya dimulakan sekitar Oktober tahun lalu di mana saya bawa sendiri tukang rumah seramai empat orang ke Langkawi. Saya pun banyak kali ulang-alik memandu kereta sendiri membawa barang binaan dari Kuala Lumpur," katanya.

Dinamakan Rindu D'Villa Langkawi, Black berkata dia terlebih dahulu mengumpul maklumat, buat kajian, dan teroka harga pasaran demi persiapan rapi mulakan projek terbabit termasuk pembaharuan ditampilkan.

"Konsep lantai 'glow in the dark' itu dicadangkan seorang rakan pembekal barangan. Dia boleh sahkan villa saya yang pertama menggunakan konsep itu di Asia kerana barangan berkenaan memang miliknya.

"Bagaimanapun, harga penginapan masih lagi saya tetapkan mengikut harga pasaran di sana. Saya ada bertanya dengan ramai pihak mengenai aspek itu dan tidak berniat nak 'bunuh' pasaran di sana," katanya.

Menurut Black, dia juga sudah terlintas untuk menambah villa di sekitar lokasi terbabit pada masa hadapan.

Baginya ia pelaburan yang sangat penting untuk dimulakan sekarang untuk kesenangan di masa hadapan.

"Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia untuk kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.

"Villa itu pun saya namakan sempena nama anak saya. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... hotelan-di-langkawi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal ke x tu? Bg la harga mampu sewa kat marhaen nih...mana rezeki melambak nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2023 09:58 PM | Show all posts
hari tu beriya minta bantuan... tup tup bukak villa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kejap masa awal2 covid dlu bukan dia ni ke pumpaNg pumpaNg kononnya susah??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkawi dah kurang pelancong la. Makanan mahal
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:36 PM | Show all posts
masa Covid19 dulu mengada-ngada minta bantuan..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2023 11:44 PM | Show all posts
heols mmg banyak rumah sewa.... 7 buah mcmtu... ni sebelum covid la....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bijak... Tua sok senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu D' villa mcm nama kedai tomyam. Letak je Black & Glow baru org tau tu inapan hang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua sbb hasil didikan mummy
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 29-1-2023 11:53 PM
Rindu D' villa mcm nama kedai tomyam. Letak je Black & Glow baru org tau tu inapan hang.

Sedap gak nama tuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:41 AM | Show all posts
Raline replied at 29-1-2023 09:58 PM
hari tu beriya minta bantuan... tup tup bukak villa

kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 29-1-2023 11:53 PM
Rindu D' villa mcm nama kedai tomyam. Letak je Black & Glow baru org tau tu inapan hang.

Catchy lak nama tu, match dgn nama dia dan konsep villa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:56 AM | Show all posts
bagus dia ni mayb dr kecik meniaga jual ikan & tau mcm mana susah nk dpt duit, bila dh berjaya dia kumpul aset & buat pelaburan pd aset tu...moga berjaya & jd tauladan pd artis lain black
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah oenah hidup susah, tahu camne nak kembangkan duit tu
Nak harapkn nyanyi sampai bila jer kan
Dia ni nampak sejenis boleh buat keja2 ape pon
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:28 AM | Show all posts
tahniah....moga murah rezeki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 29-1-2023 11:53 PM
Rindu D' villa mcm nama kedai tomyam. Letak je Black & Glow baru org tau tu inapan hang.

Terbaik uols! Setuju pasal kedai tomyam tu, dan tabik spring nama Villa tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:07 AM | Show all posts
OK la nih biarpun tidak berkenan dengan lagu-lagu dia.. BTW, 1990-an lagi bagus berbanding zaman sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:13 AM | Show all posts
makadek replied at 29-1-2023 11:46 PM
Dia ni bijak... Tua sok senang

Dia dgn tomok. I rasa memang usaha gigih untuk menyenangkan diri dan family di hari tua
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:26 AM | Show all posts
anilanil replied at 29-1-2023 11:53 PM
Rindu D' villa mcm nama kedai tomyam. Letak je Black & Glow baru org tau tu inapan hang.

ahahah betul..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.430706 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list