CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2028|Reply: 20

[Jenayah] Isteri ditahan polis selepas didakwa mencuri wang tunai dan barang kemas RM500 ribu milik suami dan ibu mertua beliau

  [Copy link]
Post time 28-1-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Suami suspek percaya isterinya mencuri wang tunai dan barang kemas kerana tiada kerosakan dikesan pada dua peti besi.

PETALING JAYA: Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap isterinya kerana didakwa mencuri wang tunai dan barangan kemas bernilai lebih RM500,000, dalam kejadian di Taman Permatang Pasir Perdana, Alai, Melaka.

Susulan itu, seorang wanita berusia 37 tahun yang juga isteri pengadu yang menjalankan perniagaan pemberi wang berlesen ditahan polis, pada Rabu lalu.Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata berdasarkan laporan, pengadu berusia 35 tahun itu mendakwa menyedari kehilangan wang tunai dan barangan kemas miliknya dan ibu selepas pulang dari Kuala Lumpur, pada 4 Jan.





“Ketika memeriksa dua peti besi miliknya sekitar jam 6.30 petang di tingkat dua dan tiga, pengadu terkejut mendapati wang tunai hasil perniagaan harian berjumlah kira-kira RM520,000 lesap. Pengadu mendakwa dalam dua peti besi itu juga ada wang tunai tidak diketahui jumlah dan barang kemas ibunya.Disebabkan tiada kesan kerosakan pada kedua-dua peti besi, lelaki itu mengesyaki wang tunai dan barang kemas dicuri isterinya sendiri sebelum membuat laporan di Balai Polis Kandang, pada jam 11.42 malam hari sama,” lapor Berita Harian.

Christopher berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) IPD Melaka Tengah menjalankan siasatan sebelum menahan suspek, pada 25 Jan.

Katanya, wanita itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Chengal 4, Taman Merdeka, Batu Berendam, kira-kira 9 malam dan direman selama dua hari bermula Khamis lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek bagi membantu siasatan. Hasil siasatan awal, suspek mendakwa ada memulangkan wang tunai RM280,000 kepada iparnya dan dia turut membuat laporan di Balai Polis Kandang menafikan terbabit dalam kes yang disiasat.


“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
La..bini kot.awat tak settle diam² je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh simpan 1/2 juta kat rumah... Kau mampoooo?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:39 PM | Show all posts
Kalau semua laki macam ni tak menang tangan lah polis


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 28-1-2023 06:41 PM
Fuhhh simpan 1/2 juta kat rumah... Kau mampoooo?

Biz ‘pemberi wang berlesen’…sah sah along kan…sure x simpan dlm bank
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini pun tamak sangat. Amik lah sikit2 dulu takde lah laki perasan hilang duit tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2023 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts

Kang siasat2 ada plot twist plak, dgn dia sekali ke dlm.
Bisnes ahlong ni bukan bersih sgt pun, ko pun mencuri dr peminjam ko.
Pinjam 1k kena bayar 10k, dh abis bayar 10k ko minta lagi kata tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 28-1-2023 06:41 PM
Fuhhh simpan 1/2 juta kat rumah... Kau mampoooo?

Bisnes ahlong..stendet la ratus k sehari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 29-1-2023 01:06 AM
Bini pun tamak sangat. Amik lah sikit2 dulu takde lah laki perasan hilang duit tu.

Kalau rumah dah 3 tingkat..maunya nak kelepet 50 hengget..mesti gaya hidup super mewah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak plk kes tak semenggah dr Melaka
Celaka hawau nauu kelakuan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Susulan itu, seorang wanita berusia 37 tahun yang juga isteri pengadu yang menjalankan perniagaan pemberi wang berlesen ditahan polis,

Dr ayat ni
Pengadu ke isteri pengadu yg wat biz along?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Waahhh mujur rumah 3 tingkat
Kalau 5, mau ada sampai 4 peti besinya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:36 AM | Show all posts
Macam mana boleh kantoi ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:10 PM | Show all posts
along buat report kena kelepet dengan bini
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik laki dia tak sumbat dlm tong
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:12 PM | Show all posts
ni type along ikut law, sure berlesen
kalau dpt along yg samseng, mmg da MIA je bini tu
cuba cari dlm tong tong simen kat dalam selat melaka, kalau jumpa bagus lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 28-1-2023 10:27 PM
Kang siasat2 ada plot twist plak, dgn dia sekali ke dlm.
Bisnes ahlong ni bukan bersih sgt pun, ko  ...

Duit haram cepat masuk cepat keluar
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
err.. tumpang tanya.. mana pi hilangnya tred kes bunuh yg melibatkan polis beramai2 di sabah tu?.. banyak info tak dlm tred tu?

pompuan tu dah dituduh di mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka ahlong
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman ekonomi terdesak.. scammer pun kena scam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.081721 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list