CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 1

[Politik] 'Saya tak akan 'gostan', proses penggantungan tak ikut prosedur' - Shahril

[Copy link]
Post time 28-1-2023 05:49 PM | Show all posts |Read mode
'Saya tak akan 'gostan', proses penggantungan tak ikut prosedur' - Shahril


Shahril Hamdan. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan yang digantung keahlian parti selama enam tahun menegaskan tidak akan membuat 'pusingan U' atau merayu terhadap hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Bekas Ketua Penerangan UMNO itu menjelaskan, sukar untuk beliau berbuat demikian kerana proses tindakan yang diambil parti itu terhadapnya tidak mengikut prosedur.

"Sebab itu apabila orang cakap buat rayuan, saya ingat rayu pun nak buat rayuan macam mana, sedangkan prosedur asal pun tak betul, takkan rayuan pula tiba-tiba jadi okay.

"Mungkinlah mereka mengharapkan kita 'u turn', kita berdiam diri, kita ikut. Sorry (maaf), saya tak boleh buat perkara itu kerana semua ini tidak mengubah hakikat bahawa ini susah untuk saya telan.

"Insya-Allah Shahril Hamdan kalau dah jadi 'fighter' (pejuang) kita takkan 'gostan' (pusingan U)," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook hari ini.



Shahril berkata, buat masa ini beliau masih belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah yang akan dilakukannya selepas ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, hukuman itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan tanah air yang lebih murni.

"Saya ada baca sedikit mesej yang sengaja ditularkan mungkin kononnya saya meletak jawatan selaku Ketua Penerangan, kemudian saya minta Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ambil tanggungjawab selepas kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"(Atau) kerana saya buat video cadangan untuk perubahan dalam UMNO, termasuk untuk buat R&D Department (Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan). Saya tak pastilah kalau orang boleh terima sama ada ini adalah sebab munasabah.

"Mungkin kalau mereka nampak orang tak boleh terima, dia boleh cipta pula alasan yang baharu, tidak mengapa. Saya ingat kita boleh agak sebab dan motif utama yang mereka ada untuk buat perkara ini," katanya.

Katanya, bukan mudah untuk beliau menerima keputusan yang dibuat UMNO, namun itu adalah kehidupan politik.

"Saya masih ada rasa sayang yang teramat sangat terhadap ahli UMNO, rakan yang saya bina persahabatan dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej beri semangat dan sebagainya," katanya.

Shahril antara empat yang digantung keahlian selama enam tahun kerana didakwa melanggar disiplin parti, selain bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, parti itu turut memecat keahlian bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ut-prosedur-shahril

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak tepi pasal politik. Tapi,mmg adat la. Pasal pa hang pi lawan boss. Memang mendapat la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.190442 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list