CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 1

[Politik] 'Saya tidak tahu apa kesalahan sehingga kena gantung'

[Copy link]
Post time 28-1-2023 05:47 PM | Show all posts |Read mode
'Saya tidak tahu apa kesalahan sehingga kena gantung'


Datuk Seri Mohd Salim Mohd. - Foto fail NSTP



SEREMBAN: Bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd tidak mengetahui apa kesalahan yang dilakukannya sehingga digantung keahlian UMNO selama enam tahun.

Beliau juga menegaskan, tidak melakukan sebarang kesalahan sehingga menerima keputusan mengejutkan seperti diumumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

"Saya tidak tahu apa kesalahan saya, tidak dimaklumkan apa-apa, hanya tahu dari media sosial.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai penggantungan itu sebab surat mengenainya saya tidak peroleh, pembelaan juga saya tidak dipanggil, tiada apa pun, saya tidak tahu apa kesalahan yang saya lakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas mengenai penggantungannya sebagai ahli UMNO selama enam tahun seperti mana yang diumumkan MKT UMNO malam tadi.

Mohd Salim adalah antara penyandang Parlimen Jempol yang tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau digantikan dengan timbalannya, Datuk Shamshulkahar Deli yang menang dengan majoriti 5,857 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Mohd Salim berkata, dakwaan bahawa beliau mensabotaj calon Parlimen Jempol pada PRU15 adalah tidak benar.

"Saya sokong calon Barisan Nasional (BN) di Jempol sehingga menang, bilik gerakan yang dikatakan tutup, saya buka semuanya, saya tiada apa-apa. Saya

hanya mahu beri BN menang.

"Pelbagai segi saya bantu, malah calon yang menang (Datuk Shamsulkahar Mohd Deli) ketika berucap juga berikan ucapan terima kasih kepada saya, tiba-tiba saja jadi begini, tidak tahu apa agenda sebenarnya semua ini," katanya.

Beliau berkata, sekiranya melakukan sebarang kesalahan ia perlulah dibuktikan sebagai keadilan buat dirinya.

"Takkanlah selepas apa yang saya berikan kepada parti, racun pula yang mereka beri, kalau betul saya buat salah, apa buktinya?.

"Bagi saya, orang melihat apa yang sedang berlaku dalam UMNO dan sepatutnya dalam keadaan begini kita cari titik pertemuan, politik memang berlaku perbezaan pendapat," katanya.

Mohd Salim antara empat yang diumumkan penggantungan selama enam tahun sebagai ahli UMNO, termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu, bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula dipecat dari parti itu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... hingga-kena-gantung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 11:46 PM | Show all posts
Rambang je lah aku tanya. Kenapa Noh Udang kena pecat?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.471601 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list