View: 947|Reply: 7
|
[Politik]
Kejahatan mereka tidak kita hilang kebaikan – Hishammuddin
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 28-1-2023 05:32 PM
PETALING JAYA: ‘Kejahatan mereka tidak boleh menyebabkan kita kehilangan kebaikan kita.’
Demikian reaksi terbaharu Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam akaun Instagram miliknya dipercayai berhubung keputusan penggantungan keahliannya sebagai anggota UMNO sekali gus mencetuskan 1,001 persoalan terhadap kenyataan berkenaan.
Hantaran itu tersebut kemudian mendapat komen bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada parti semalam yang menyifatkan keputusan bukanlah satu pengakhiran.
“Siapa sangka selama bertahun-tahun yang lalu ini akan menjadi sebahagian daripada perjalanan kita bersama. Tetapi, seperti yang saya katakan, itu bukan penamat. Ia jauh dari penghujung,” kata Khairy dalam ruangan komen hantaran Hishammuddin.
Terdahulu, Hishammudin memuat naik hantaran Instagram itu bersama sekeping gambar yang dipercayai penyokong setia UMNO.
Reaksi ringkas kedua-dua pemimpin itu memberikan kesan mendalam khususnya dalam kalangan orang ramai yang meninggalkan komen agar mereka bersabar dengan ujian tersebut di samping terus menyokong walaupun apa jua melanda Hishammuddin dan Khairy.
Selain Khairy, seorang lagi pemimpin UMNO iaitu bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat sebagai ahli UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu berlangsung kelmarin berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Malah beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuklah Hishammuddin, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/kejahatan-mereka-tidak-kita-hilang-kebaikan-hishammuddin/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kelapaparut at 28-1-2023 07:48 PM
kemenangan bsr utk DAP yg bukan saje memecah belahkan melayu, tp turut menghancurkan umno parti keramat melayu, mmg dr dulu iols dah syak jarum halus DAP bila sokong anwar, dan boleh terima kerjasama umno dgn ph. Hasilnya, DAP makin kuat siap jd kjaan dan umno bpecah belah sbb dieorgtau zahid hamidi desperate anwar pun desperate. Melayu2 mcm korang yg xsuke umno pi ramai2 undi pn dpt la lobai bodoh pastu jd pembangkang pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 28-1-2023 07:45 PM
kemenangan bsr utk DAP yg bukan saje memecah belahkan melayu, tp turut menghancurkan umno parti kera ...
Melayu dah lama berpecah sejak era Atok dan lupa ka? |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 29-1-2023 10:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Yang suka menganiaya orang lain ni balasannya lagi dasat…kita tunggu sapa yang kena |
|
|
|
|
|
|
|
Kejahatan org lain je ler ko persoalkheun,kejahatan ko?.ko sealed bawah tiak minik ko keww?
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 29-1-2023 10:14 AM
Yang suka menganiaya orang lain ni balasannya lagi dasat…kita tunggu sapa yang kena
Manusia ini kekadang lebih pikirkheun rasa diri teraniaya sedangkhein banyak perkara yg diri sendiri lakukheun yg menganiaya org lain tanpa disedari juga telah dan banyak kita sendiri tend to overlook...kata anak jiran aku yg 3 tahun...
This H20 has lots to learn dari anak jiran aku yg sekoq ini, kheunz?
Wat say you? |
|
|
|
|
|
|
|
I agree dgn anak jiran tu. Ketika dan saat inilah terasa dianiaya..
|
|
|
|
|
|
|
|
ShyDoll replied at 29-1-2023 11:30 AM
I agree dgn anak jiran tu. Ketika dan saat inilah terasa dianiaya..
Bila dah dlm situasi sebegini...maka mula ler keluarkheun dalil serta tagline...tidak ada hisab utk doa org yg dianiaya.....sambung anak jiran aku yg 3 tahun...
Sedangkheun anak jiran aku iteww lebih yakin bahawa islam iteww menganjurkheun utk sentiasa doa pada perkara yg baik...dan walaupun kita mungkin rasa diri teraniaya...tidak mustahil utk kita mendoa dlm konteks..." YA RAbb...ko beriler aku kekuatan utk ujian KO yg ini... aku redho dan semoga jgn dipalingkheun perbuatan yg mungkin berniat jahat org lain terhadap diri aku ini semula pada mereka kecuali KO beri dia hidayah serta memafkhennya kerana dia mungkin tidak tahu akan perbuatannya"
Kid who is 3 yrs old...pemahamannya akan islam iteww...
Menangis aku tau..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|