CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Warga Kelantan sewa bas pergi pawagam

[Copy link]
Post time 28-1-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

Arisz memuji kesungguhan sebahagian warga Kelantan yang sanggup menyewa bas untuk pergi beramai-ramai menonton filem Duan Nago Bogho.

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Duan Nago Bogho, Arisz Ab Rahman memuji kesungguhan sebahagian warga Kelantan yang sanggup menyewa bas untuk pergi beramai-ramai menonton filem bergenre aksi itu.

Arisz berkata, rata-rata penggemar filem mencari alternatif lain bagi menyokong karya yang mengangkat budaya dan sejarah negeri kelahiran disebabkan Kelantan masih belum mempunyai panggung wayang,

"Terima kasih penonton dari Kelantan. Ini kerana saya difahamkan ada yang menyewa bas untuk pergi beramai-ramai ke Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang bagi menonton filem ini.

"Sehingga hari ini, Kelantan masih tidak mempunyai panggung wayang. Jadi, saya cukup terharu dengan sokongan ini," katanya kepada BH Online.


Dalam masa sama, Arisz menegaskan situasi berkenaan memberi isyarat Kelantan sudah memerlukan panggung wayang.

Malah, katanya setiap penggiat filem bersedia mematuhi segala syarat ditetapkan kerajaan negeri.

"Bagi saya, tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membenarkan pengoperasian panggung wayang di Kelantan. Ini kerana penggiat filem sentiasa mematuhi apa sahaja syarat ditetapkan.

"Kami akan ikut apa sahaja syarat daripada kerajaan negeri asalkan panggung wayang dibenarkan beroperasi di Kelantan," katanya.

Arisz berpendapat tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membenarkan pengoperasian panggung wayang di Kelantan kerana penggiat filem sentiasa mematuhi syarat ditetapkan.


Arisz berpendapat tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membenarkan pengoperasian panggung wayang di Kelantan kerana penggiat filem sentiasa mematuhi syarat ditetapkan.

Sebagai persediaan membina panggung wayang di Kelantan, Arisz berkata, pihaknya sudah menjalankan simulasi bagi memastikan perjalanan semasa tayangan filem berjalan lancar.

"Kami juga sudah buat satu simulasi panggung wayang di Kelantan selama dua malam di panggung Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan.

"Apa yang menarik, kehadiran penonton penuh pada kedua-dua malam, selain Exco Kebudayaan Kelantan turut hadir.

"Model panggung wayang yang diketengahkan di Kelantan dengan membuat tiga pembahagian iaitu untuk lelaki, wanita dan keluarga.

"Selain itu, kami turut menyediakan ruangan untuk solat dan membuat tayangan pada waktu yang sesuai iaitu di luar waktu solat. Jadi, tidak ada masalah untuk mewujudkan panggung wayang di Kelantan," katanya.

Semalam, filem bergenre aksi dengan menyelitkan elemen tradisional Melayu itu berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh seminggu tayangan.

Duan Nago Bogho menampilkan Asrul Faizal selaku teraju utama, selain Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Angeline Tan, Husairi Husain, Jason Chong, Issey Fazlisham, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Filem berkisarkan Duan (Asrul) yang juga pemegang watak Mak Yong dengan dua personaliti berbeza. Duan mencintai seni tradisional, namun dalam masa yang sama, suka bergaduh.

Kisahnya bermula apabila Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu ketika sedang membuat persembahan sehinggalah bapa memintanya meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Filem pertama terbitan Kalamarif Holdings itu menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan menemui penonton di pawagam sejak 19 Januari lalu.
https://www.bharian.com.my/hibur ... a-bas-pergi-pawagam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 11:29 AM | Show all posts
apelah susah sgt nk buat panggung wayang kat kelantan tu.. tganu ok je ada panggung wayang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.115914 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list