CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 1

[Selangor] Bas tiba-tiba mengundur, tujuh penumpang selamat

[Copy link]
Post time 28-1-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN bas selepas mengalami kegagalan brek di Jalan Kampung Baru Lanjut, Sepang, Selangor. - GAMBAR IHSAN IPD SEPANG

    Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
    28 Januari 2023, 2:53 pm

SEPANG: Pemandu bersama tujuh pekerja berdepan detik cemas apabila bas dinaiki tiba-tiba mengundur ketika menaiki bukit sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.

Dalam kejadian di Jalan Kampung Baru Lanjut pukul 9.58 malam semalam itu, kesemua penumpang termasuk pemandu bas selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati, bas pekerja itu mengalami kegagalan brek ketika menaiki bukit di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pulang pekerja ke rumah di Sepang Lama.

“Ketika mendaki bukit, brek tidak berfungsi dengan baik menyebabkan bas gagal dikawal dan kenderaan itu mengundur sebelum terbabas,” katanya.

Katanya, pemandu bas serta pekerja tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas kejadian.

Wan Kamarul Azran berkata, ketika kejadian, cuaca baik dan keadaan jalan lurus serta bentuk jalan mendaki bukit dan kering.

“Bas terbabit mengalami kerosakan cermin pandang belakang, bumper hadapan dan belakang serta kemek di bahagia kiri badan bas.

“Pemandu bas turut disaman mengikut kesalahan Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan,” katanya.- UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... -penumpang-selamat/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 11:55 AM | Show all posts
Nasib baik selamat semuanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.109691 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list