CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 1

[Perak] Peniup roh ikon sukan

[Copy link]
Post time 28-1-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode

BEKAS jaguh bina badan dunia, Sazali Samad bersama karya mural di Kompleks Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim.

Tanjung Malim: Bakat serta kemahiran dimiliki dua sahabat, Mohamad Hafiz Abdul Aziz, 40, dan Mohd Nazari Ibrahim, 50, menghasilkan mural ikon sukan tanah air serta dunia di Kompleks Sukan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) memang dikagumi.

Sebelum ini, kedua-dua sahabat ini pernah menghasilkan mural di Sarang Art Hub yang diusahakan pengarah filem tersohor tanah air, Allahyarham Mamat Khalid yang bertemakan Wall of Fame (dinding kemasyhuran).

Kemudian, mereka berdua menghasilkan mural memaparkan 22 wajah tokoh pendidikan dan bahasa seluruh dunia di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI.

Darah seni yang mengalir dalam diri kedua sahabat lebih terserlah selepas berjaya pula menghasilkan mural yang memaparkan 22 wajah ikon sukan tanah air dan dunia.

Mohamad Hafiz berkata, sekilas pandang nampak mudah namun untuk menyiapkan mural terbabit dia dan sahabatnya memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk menyiapkan mural berkenaan.

Katanya, mural terbabit bukan sahaja memaparkan wajah ikon sukan, tetapi turut menyelitkan kata hikmah yang berkait rapat dengan prinsip, pegangan dan perjuangan ikon sukan itu.

"Kata hikmah ini diharapkan mampu memberi inspirasi kepada bakal pendidik atau khalayak ramai bila menatap lukisan mural terbabit.

"Ini menjadikan hasil seni mural berkenaan lebih bermakna dan bermesej dan bukannya hanya sekadar melihat atau mengenali ikon sukan terbabit malah mengambil ikhtibar di sebalik kata hikmah itu," katanya.


DUA sahabat, Mohamad Hafiz (kanan) dan Mohd Nazari (kiri) bersama mural bekas jaguh badminton, Misbun Sidek.

Antara mural wajah ikon sukan tanah air termasuklah Sazali Samad (bina badan), Datuk Soh Chin Ann (bola sepak), Datuk Rabuan Pit (olahraga), Allahyarham Datuk Mokthar Dahari (bola sepak), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Pandalela Rinong (Renang), Shalin Zulkifli (boling), Datuk Nicol David (skuasy) dan Datuk Misbun Sidek (badminton).

Selain itu, Qabil Ambak Mahamad Fathil (ekuestrian), Safie Sali (bola sepak), Allahyarham Datuk Hasbullah Awang (pengulas sukan), Sapok Biki (tinju), Ziyad Zolkefli (olahraga), Mohd Azlan Iskandar (skuasy), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Watson Nyambek (olahraga) dan Naib Cancelor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff (kayak).

Manakala, ikon sukan dunia termasuklah Ben Johnson (olahraga) Usain Bolt (olahraga), Diago Maradona (bola sepak) dan Muhammad Ali (tinju).



MOHAMAD Hafiz (kanan) dan Mohd Nazari bersama mural bekas ratu boling negara, Shalin Zulkifli.

Dia yang juga pelakon tambahan dalam filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali arahan Amen Khalid sebagai Mirlun mengakui, proses mural bermula dengan melakar kemudian mewarna dengan menggunakan cat bangunan berkualiti tinggi dan tahan perubahan cuaca supaya mural itu tahan lebih lama.

"Mural pada ruang legar dalaman kompleks itu pula menggunakan warna pelaka dan juga dihasilkan daripada proses melakar terlebih dahulu supaya dapat menghasilkan karya seni mural yang menarik.

"Suntingan gambar bintang sukan daripada sumber tertentu bersama gabungan warna pelakar atau cat menjadikan mural nampak realistik apatah lagi mengandungi kata-kata hikmah yang puitis," katanya.

Dia berkata, kata-kata hikmah yang puitis disusun pula secara gramatis , apatah lagi dengan paparan mural yang menarik sudah tentu memberi kepuasan sebagai artis seni.

Sementara itu, Mohd Nazari pula berkata, karya seni mural yang dihasilkan itu berkonsepkan pop art, stensil art dan vector art supaya mural yang dipamerkan pada bahagian dinding tampak lebih menarik.

"Apabila kita menatap mural gambar ikon sukan yang dipamerkan itu nampak kelihatan mudah untuk menghasilkannya namun tidaklah semudah yang dijangkakan.

"Proses mengekspresikan wajah ikon sukan untuk diterjemahkan dalam bentuk lukisan mural perlukan daya imaginasi dan penghayatan yang tinggi bagi menghasilkan mural yang berkualiti.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... niup-roh-ikon-sukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 11:56 AM | Show all posts
Cantik mural yang dihasilkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.074048 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list