View: 2070|Reply: 25
|
Bayi 3 Bulan Maut Di Pusat Asuhan Bandar Baru Bangi
[Copy link]
|
|
BANGI – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri di tempat asuhan di Bandar Baru Bangi, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jururawat sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi menyatakan telah menerima bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Gambar Hiasan
“Bayi berkenaan disahkan meninggal apabila tiada sebarang tindak balas terhadap rawatan kecemasan diberikan kepada mangsa.
“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dihantar oleh ibunya dalam keadaan sihat ke pusat asuhan terbabit sekitar pukul 7.15 pagi,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Zaid, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak pengasuh pada pukul 10.30 pagi.
“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, tiada sebarang kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa.
“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” ujarnya.
Jelasnya, pusat asuhan terbabit telah beroperasi sejak tahun 2014 dan mempunyai lesen yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur kekerasan yang berlaku, tetapi disyaki terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian pada bayi tersebut yang mana siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sehubungan itu, polis menyeru individu yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Noor Hairul Anuar Shuhaimi di talian 012-3043034. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
3 bulan? Tersedak susu ke.. biasa pengasuh malas nak tengok baby habis minum, depa main sendal je botol susu kat mulut/bantal.. malas nak burping lepas minum.... so terjeluak susu |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dicincang bagi mengetahui punca sebenar kematian |
|
|
|
|
|
|
|
17/1 kawan i pun kematian baby dia kat taska section 15… sijil kematian baby pun still tulis to be determined…. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tiba masa antor pengasuh kena buat kontrak profesional. ada unsur kecuaian atau penderaan, masuk lokap |
|
|
|
|
|
|
|
Sindrom baby meninggal mengejut.. Tapi kenapa hanya berlaku kat tasks |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..moga keluarga ini tabah dgn dugaan |
|
|
|
|
|
|
|
kecuaian ni biasanya dr pekerja taska dan pemilik kekdg ada tp selalunya xde kt situ
kat seksyen berapalah taska tu beroperasi
area rumah kaka ada bbrp taska, x. pasti berdaftar atau asal boleh aje |
|
|
|
|
|
|
|
Parents pun kne check bebetul anaknye ok ke sblm g taska. Klu pengasuh tak salah buat naya je |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya la, mak pantang pun x hbs lagi tu,.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering: 17/1 kawan i pun kematian baby ...
Section 15 bangi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti yg mak baru habis cuti maternity leave, anta pengasuh. Semoga dikurniakan ketabahan buat si ibu Yang grieving |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kpd keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
bagi ibu2 yg berkerjaya
cuba tengok balik kerja tu, kalo gaji dapat hanya cukup2 makan i.e. gaji bawah 3k, lepas tolak mcm mcm, seperti loan keta, tol, minyak, makan, last2 dpt simpan hanya berapa puluh ringgit je
better resign dan jadi full house wife je la, rezeki luas Allah swt bagi ni, duduk dekat rumah buat business online kalo ada rezeki boleh dpt lebih dari gaji executive kerja dekat petronas twin tower tu |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 29-1-2023 03:43 PM
bagi ibu2 yg berkerjaya
cuba tengok balik kerja tu, kalo gaji dapat hanya cukup2 makan i.e. gaji ba ...
Mslhnya lepas tu sape pulak nak cover loan kereta dan loan2 lain..cth loan ptptn dan nak ng duit kat parents sndri..huhu..life is hard...xslh nak bekerja..cume taska dan pengasuh yg cuai wajar diperslhkan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|