CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 4

Marsha Milan Trauma Dijangkiti Covid-19, Amal Minum Air Zam Zam

[Copy link]
Post time 28-1-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Marsha Milan mengakui trauma untuk keluar rumah selepas disahkan positif Covid-19 semasa membuat persiapan akhir Anugerah Juara Lagu ke-36 tahun lalu.


Kata Marsha atau nama sebenar Marsha Milan Londoh, 38, dia bimbang jika dijangkiti virus berkenaan lebih-lebih lagi dia kini sedang mempersiapkan diri untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan.


Marsha bagaimanapun enggan terlalu memikirkan mengenai perkara itu dan berserah serta tawakal agar segala urusannya sebelum malam kemuncak AJL37 berjalan lancar.


Foto: IG




"Terus terang saya cakap, setiap kali saya bangun pagi, bila nak keluar rumah tu memang saya akan berfikir betul ke tindakan saya ini sebab saya takut perkara sama berulang.


"Lagu yang bakal saya bawa pula memang sama piawaian tahap ketinggian dengan lagu Cinta. Saya tak tau nak cakap macam mana. Sekarang ini saya memang belajar untuk reda dan tawakal," katanya kepada mStar.




  



Marsha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media AJL37 yang diadakan di PJ Pac 1 Utama, Damansara baru-baru ini.


Dalam pada itu, Marsha berkata dia kini sedang melakukan persiapan daripada segi mental dan fizikal untuk membawakan lagu Kembali Terang pada AJL37 nanti.


Tambah Marsha, guru vokalnya juga menyarankan dia untuk menambah stamina bagi mendapatkan tenaga vokal yang mantap.




  



"Guru vokal saya dah pesan siap-siap sebelum dapat susunan lagu nanti, saya perlu tambahkan stamina dan dia suruh saya mula berjoging.


"Cuma, lutut saya sekarang tak cukup kuat, jadi saya praktikkan senaman yoga sahaja untuk menambah stamina. Saya rasa itu sahaja yang saya boleh buat sekarang ini," ujarnya.


Marsha bagaimanapun berkata dia bimbang untuk berlatih berlebihan kerana ia akan memberikan kesan terhadap vokalnya.


"Saya takut juga sebab kalau kita nyanyi banyak kali, ia akan kacau kita punya vocal chord. Tambah pula kalau saya menyanyikan note yang agak mencabar.


"Sebab tu saya agak bimbang dan kami sedang memikirkan cara lain untuk memanipulasi note itu kerana ada lebih tinggi daripada lagu Cinta. Itu yang saya risaukan sekarang," katanya.




  



Mengulas lanjut tentang penjagaan vokal, Marsha berkongsi cara dia menjaga suara dengan mengamalkan meminum air zam zam.


Kata Marsha, dia tidak boleh minum sembarangan air minuman dan dinasihatkan untuk mengamalkan air zam zam kerana mengakui khasiat yang terkandung dalam minuman tersebut.


"Seperti tahun lepas, saya minum air zam zam kerana saya rasa tidak sihat. Tahun ini pula, saya tidaklah kerap minum air zam zam tetapi ia antara amalan saya untuk menjaga vokal.


"Saya tidak seperti orang lain yang boleh minum air lemon madu atau air asam jawa. Ia tidak berkesan untuk saya, malah akan lebih sakit kalau mengamalkan minuman berkenaan," ujarnya.


AJL37 akan berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari depan dan akan disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 04:08 PM | Show all posts
Lagu ni biasa2 je pun. Masuk final pun mungkin atas faktor vokal, sama mcm lagu Liza & Shila
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurus mcm dia pon ada lutut problem
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tgk siaran ulangan jek lagu ni dgn cinta

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:32 PM | Show all posts
mujur dia sebut air zamzam... kaka hengat heshe masih minum holy water gittuhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062561 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list