CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1773|Reply: 14

[Dunia] Lisa BLACKPINK pecah Guinness World Records

  [Copy link]
Post time 28-1-2023 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal, antara artis K-Pop Solo yang paling menonjol dan berjaya menempah kemasyhuran di pentas global. Debut solo pertamanya bertajuk; “LALISA” yang dilancarkan pada September 2021 lalu secara rasminya memecah rekod untuk Tontonan Paling Tinggi video muzik YouTube sebagai artis solo dalam masa 24 jam selepas mencapai striming tontonan 73.6 juta dalam masa 1 hari!

Gelaran Guinness World Records baharunya termasuk pemenang K-pop solo Pertama di Anugerah Muzik Video MTV (VMA) 2022 untuk video K-pop Terbaik dan pemenang K-pop solo pertama di Anugerah Muzik Eropah MTV (EMA) 2022 untuk K-Pop Terbaik. Selain itu pada EMA 2022, BLACKPINK juga memenangi Persembahan Metaverse Terbaik dengan “Ready For Love”, memperoleh gelaran Rekod Dunia Guinness kumpulan sebagai pemenang pertama kategori ini.

Gelaran rekod baharu Lisa yang ketiga ini adalah sebab raih daripada kebanyakan pengikut Instagramnya sejak bergerak Solo dari kumpulannya BLACKPINK. Sehingga 19 Januari 2023, Lisa mempunyai 86.3 juta pengikut, dan jumlah itu telah meningkat kepada 87 juta pada 26 Januari lalu, yang menjadikan akaun Instagramnya menduduki tangga ke-38, akaun paling banyak diikuti di platform Instagram.

Bukan sahaja Lisa, malah kumpulan BLACKPINK turut meraih tiga gelaran Guinness World Records iaitu sebagai kumpulan video paling banyak pelanggan strimming di YouTube, kumpulan K-pop pertama yang mencapai No. 1 di Carta Album UK (Perempuan), dan kumpulan K-pop pertama untuk mencapai No. 1 pada Carta Album A.S. (Perempuan).

Pencapain yang tidak henti, awal minggu ini, Lisa memperoleh pencalonan Premio Lo Nuestro solo untuk “SG”, kerjasamanya dengan DJ Snake, Megan Thee Stallion dan Ozuna. Turut sama, BLACKPINK menjadi artis kumpulan K-pop wanita pertama yang menerima pencalonan BRIT untuk Kumpulan Antarabangsa Terbaik.

https://eh.my/artikel/hiburan/lisa-blackpink-pecah-3-rekod-baharu-guinness-world-records/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak betul followers dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:52 PM | Show all posts
lagipun sheols memang comel, walaupun tanpa mekap. Pastu menari pon comel.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kenal dia je. Yg lain xkenal. Bukan kaki kpop.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan pecah dara tadi
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Nogori tersenyum sinis.. Lalisa Monobal. Mano tobal nyo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kocik-kocik pun kogheh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:05 PM | Show all posts
muka plastik..tepek bedak sejuk pon lawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 08:23 PM | Show all posts
acik2 peminat kpop muka berjerawat atau orang internal dalam department la tu pentaksub koreaboo gigih upkan nama heshe gittewwww bagi idol dorang menang... macam band2 kpop yang lain... lagipun sebab herlokk kaka pun terima dan maafin gittewwww... dah tu takkan nak bagi kat baby shima atau sissy iman yang menang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:33 PM | Show all posts
Tahniah Lalisa!

kelebihan Lisa ni dia pandai menari.. dia dah belajr menari tak silap sejak 8 tahun lagi dia dah masuk kelas tarian

walaupun gegendang telinga I yg dah tua ni tak boleh nak terima music Kpop (I peminat setia Jpop Heisei era - Hamasaki Ayumi, Amuro Namie, Utada Hikaru dan masih lagi dengar lagu composer Kajiura Yuki, Yoko Kanno), I tetap ikuti perkembangan si Lisa ni sebab perjalanan awal seni dia sangat mencabar

dia antara penyanyi Kpop dari Thailand yg awalnya tak boleh diterima oleh peminat Korea di sana. ada gosip even ahli2 black pink sendiri pun awal2 cuba pulaukan dia sebab dia bukan korean..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekor ni je yg lawo. Yg lain muka model Tiger Beer sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hikariful replied at 28-1-2023 08:33 PM
Tahniah Lalisa!

kelebihan Lisa ni dia pandai menari.. dia dah belajr menari tak silap sejak 8 tahun ...

Preference aku pun jpop & jdorama >> kpop & kdrama. Sib baik tak terjebak sgt dgn mende2 korean ni. Cuma 2x je pernah jejak korea
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
as someone yg minat tgk tarian2 artis dari pelbagai negara, tp i for one not so impressed with lisa's dancing. for me tak cukup smooth n quite kejung. i mean dancing is not her best feature boleh nampak lebih jelas waktu dia buat solo ni.  suara pun ok tp not breathtaking. pemilihan lagu kat situ kekuatan dia
maybe sbb catchy n lisa ni for me mmg pandai communicate dgn peminat2 dia. thats why fan base dia kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hikariful replied at 28-1-2023 12:33 PM
Tahniah Lalisa!

kelebihan Lisa ni dia pandai menari.. dia dah belajr menari tak silap sejak 8 tahun ...

Gaji dia juga paling sikit dalam BP tu sebab dia Thai. Ada juga aku baca sheol dari kaum yang dipandang rendah sebab mostly miskin/uneducated kat Thai tu. Ntah apa nama kaumnya, lupa aku. So kejayaan sheols ala2 morale boost untuk kaum tu. Ntah betul atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Normal ke kalau perempuan minat blekpink nih? Taktau napa gaydar iols berdenting tak renti2 bila ada sedara perempuan yg minat giler ngn kump ni.
Dia lak dah 30an dan tak penah nampak puji2 retis lelaki ke apa tp dia suka giler ngn retis kpop perempuan.
Dahla dia kata tak minat nak kawen huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.266884 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list