CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

Amaran salah guna logo KBS

[Copy link]
Post time 28-1-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

Hannah (tengah) bergambar bersama pemegang taruh sukan permotoran negara di Subang. - Foto KBS

SUBANG JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi amaran akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur acara sukan yang menyalahgunakan logo kementerian itu.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya mendapati ada pihak penganjur seperti daripada sukan permotoran yang menggunakan logo KBS tanpa mengikut prosedur yang sudah ditetapkan.

Katanya, tindakan sedemikian boleh mendatangkan impak bukan saja kepada nama baik dan pembangunan sukan berkenaan tetapi juga daripada sudut keselamatan peserta serta penonton.

Justeru, Hannah mengingatkan supaya penganjur mengikut prosedur sedia ada iaitu memohon lesen daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) serta memaparkan lesen berkenaan ketika acara berlangsung selain memastikan litar yang diguna pakai selamat dan diperiksa Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).


"Ia selaras dengan Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) yang memperuntukkan syarikat hendaklah memohon lesen untuk beroperasi daripada PJS dalam tempoh 30 hari (acara tempatan) dan 90 hari (acara antarabangsa) sebelum tarikh penganjuran program.

"Ini semua bukan peraturan baharu. Semua ini adalah peraturan sedia ada, cuma orang tak pergi buat dan mohon. Jadi ini bukan perkara baharu dan kita ini sekadar untuk mengingatkan semua pihak untuk mengambil tindakan keselamatan, sekiranya nak menganjurkan program.

"Jadi selepas ini, apabila kita sudah maklumkan, tiada pihak yang boleh berkata, 'saya tak tahu kena dapatkan lesen penganjuran, kena jumpa polis dan MAM," kata Hannah dalam sidang media penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia, hari ini.

Berdasarkan peraturan, penganjur boleh dikenakan denda antara RM50,000 sehingga RM500,000 sekiranya didapati melanggar peraturan dan tindakan disenarai hitam turut akan diguna pakai sekiranya didapati melakukan kesalahan berulang.

Hannah juga meminta ibu bapa supaya memastikan setiap sukan permotoran yang disertai anak masing-masing mempunyai lesen penganjuran selain memastikan litar yang digunakan sudah diperiksa MAM.

"(Peraturan) memang sudah ada, cuma orang salahguna logo, tak minta kebenaran kita. Apabila kita siasat, apabila ada kemalangan, KBS kata, kita tak pernah keluarkan lesen tetapi mereka guna.

"Jadi itu sebab kita adakan semak dan imbang sekarang ini, bukan saja tengok logo KBS tetapi keluarkan senarai litar. Apabila litar itu tak ada disenaraikan MAM, maka ibu bapa perlu tahu.

"Kita nak perkasakan orang ramai yang ambil bahagian dalam sukan bermotor. Paling tidak, mereka tahu ada dua perkara yang perlu diperiksa, litar dan lesen penganjuran. Ini bukan saja untuk sukan bermotor tetapi untuk lesen penganjuran sukan tempatan dan antarabangsa (yang lain) seperti maraton ataupun berbasikal. Semua ini kena melalui PJS," kata Hannah.

https://www.bharian.com.my/sukan ... salah-guna-logo-kbs
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.087746 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list