CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1475|Reply: 19

[Tempatan] Dipecat keahlian UMNO: ‘Saya tak kecewa…’ - Khairy

[Copy link]
Post time 28-1-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Sejurus selepas dipecat daripada UMNO, mantan Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin meluah rasa menerusi ciapan ringkas di Twitter.

Beliau menegaskan, tindakan dikenakan kepimpinan parti itu tidak membuatkannya terkesan.

Khairy berkata, walaupun menyayangi parti itu, beliau tidak tunduk, terjejas atau kecewa terhadap keputusan berkenaan.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

“Unbowed (tidak tunduk), unbent (tidak terkesan), unbroken (tidak kecewa),” ciapnya.

UMNO malam tadi memecat keahlian Khairy dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Katanya, parti itu turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan tengah malam tadi sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabata UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Keputusan pemecatan Khairy itu menepati jangkaan ramai, susulan beliau dilihat lantang mengkritik kepimpinan parti berkenaan, khususnya Ahmad Zahid.

Sebelum ini, Khairy yang tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15, menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan selepas UMNO mengalami prestasi pilihan raya paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Pada kempen pada PRU-15, Khairy juga berkata, UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid sudah hilang arah dan memerlukan ‘pembersihan’.

Malah, Khairy antara menentang keputusan parti yang menetapkan dua jawatan tertingginya tidak bertanding pada pemilihan, selain mendakwa terdapat ‘perwakilan hantu’ dibawa masuk ke PAU baru-baru ini untuk mengundi usul tidak bertanding.

Dilahirkan pada 10 Januari 1976, Khairy mula membabitkan diri dalam politik ketika zaman pemerintahan bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi antara tahun 2003 hingga 2009.

Kredibiliti dimilikinya membolehkan beliau menjadi Timbalan Ketua Sayap Pemuda UMNO, sebelum dipilih menjadi calon pada PRU 2008 untuk kerusi Rembau, Negeri Sembilan.

Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO, mengalahkan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Sepanjang karier dalam politik, Khairy pernah memegang beberapa jawatan Menteri, iaitu Menteri Belia Sukan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

https://www.getaran.my/artikel/politik/39804/dipecat-keahlian-umno-saya-tak-kecewa-khairy


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk PAS je..confirm bole jadi presiden
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ nak sambung politik ka teruih rehat ka camne ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 12:47 PM | Show all posts
hidoppppp tuan president

umnok terus majuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk NGO ja la KJ hoi. Umngok ni tak suka org pandai.. dr dulu lagik!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok kan dok kata amennnooo dh x relevan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 01:25 PM | Show all posts

Akhirnya cita cita dia nak jadi PM Malaysia sebelum umur 40 tahun tak menjadi .. orang yang pernah berkuasa under Pak Lah Isle hadhari akhirnya dinyahkan dari parti Umgokk.

So whats next?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
UMNO terus marah untuk rakyat  Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Masok Dap je lah Keri, sure dapek jadi montori, paling busok pun senator
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
alif mim nun wau, alif tendang wau, sarkis dah



http://youtu.be/B9qAQW8rQT8
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:29 PM | Show all posts
sarkis sarkis pun, umno mempunyai ahli akar umbi yg sgt ramai
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primarikey at 28-1-2023 03:34 PM

Padan ler muka ko kj
Jahit komedi jahat...tp ko lg jahat
Dulu bukan main ko nk susahkn hidup org yg tak cucuk vaksin kobit ko tu kn...sampai ramai yg hilang keje...kena pecat majikan...ni stakat kena pecat dgn parti ape la sgt kn....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Anti vaxx tersenyum sinis dek
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kj psrti bebas je la mesti ramai vote.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca boleh percaya jgn....

Everyone now tunggu kes jahit selesai...keputusan shud be in by this year latest....and if fate has it that jahit loses his case...korang ghaser kavajayjay tak melompat keww?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 04:10 PM | Show all posts
Rakyat perlu gelabah ka macam mana?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak bngsat tu berlagak nak mamp mentang2lah pmx ada dok bekap natang ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanggok kan sajaaa.. ya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rilex lah. Baru kne pecat. Yg penting iols nak join kelab kayuh basikal n9 yg kj jd pres tu camne? Tp basikal xde plak
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:45 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.067169 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list