CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 10

[Tempatan] Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji kehebatan demokrasi Malaysia

  [Copy link]
Post time 28-1-2023 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden, yang turut memuji kehebatan demokrasi Malaysia yang dipamerkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden, yang turut memuji kehebatan demokrasi Malaysia yang dipamerkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas.
Anwar berkata Presiden Amerika Syarikat itu turut menyatakan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, termasuk dalam bidang ekonomi digital, krisis cuaca, dan sekuriti tenaga.Saya berharap untuk dapat bekerjasama dengan beliau (Biden) bagi manfaat bersama seluruh rakyat," katanya dalam catatan di Facebook hari ini, dan beliau yang turut memuat naik ucapan tahniah daripada Biden itu.Biden dalam nota bertarikh 24 Jan berkata demokrasi di seluruh dunia ketika ini berhadapan dengan cabaran baharu yang belum pernah ditempuhi sebelum ini, dan pilihan raya di Malaysia menunjukkan bahawa demokrasi boleh membawa kejayaan.
"Berjuta-juta rakyat Malaysia telah bangkit bersuara - mengundi dalam pilihan raya umum, ramai juga yang mengundi buat pertama kali.Penglibatan sivik adalah asas kepada masyarakat bebas serta terbuka, dan rakyat Malaysia memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia dengan komitmen mereka untuk melaksanakan kebebasan asas yang dinikmati," katanya.
Biden turut menegaskan bahawa hubungan antara kedua-dua negara dibina di atas asas kukuh ekonomi yang sentiasa berkembang, keselamatan dan hubungan rakyat dengan rakyat, yang turut membantu mengukuhkan kebebasan, keselamatan serta kemakmuran di Indo-Pasifik.
"Pada tahun-tahun akan datang, saya berharap untuk memperkukuhkan lagi perkongsian kami - termasuk bekerjasama untuk membina pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan rantaian bekalan yang berdaya tahan melalui Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik.Bersama, kita boleh majukan wilayah yang bebas, terbuka, selamat dan makmur - yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," tambahnya.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 24 Nov lepas.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah ayat diplomasi.


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-1-2023 01:26 AM
Biasalah ayat diplomasi.

In the very first place, Bigen tahu tak malaysia kt mana dlm peta dunia?

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namr at 28-1-2023 07:45 AM

ada lah tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah sgt kata2 biden rangtua nyanyuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:19 AM | Show all posts
Edited by Innrukia at 28-1-2023 09:22 AM

Maybe lepas ni Malaysia boleh followpolitaik kaki temberang di mana2.... dapat encouragement dari rakan sejawat.. apa lagi?
Sebelum ni  
“Marriage is between a man and a woman. What’s the game going on here?!” — Joe Biden, 2006
Skrg
Biden signs into law same-sex marriage bill, 10 years after his famous Sunday show answer on the issue







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 09:27 AM | Show all posts
Innrukia replied at 28-1-2023 09:19 AM
Maybe lepas ni Malaysia boleh followpolitaik kaki temberang di mana2.... dapat encouragement da ...

Ada ke politik yg tak temberang chuols?.
Kalau ada yg percaya politik mesia ni bersih mmg salah satu bakal ahli syurga gamaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2023 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
namr replied at 28-1-2023 07:44 AM
ada lah tu

Omg...iols smpi skrg x bole terima plot twist hujung2 GOT ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 11:20 AM | Show all posts
Erm puji ada makna ka ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:57 AM | Show all posts
Baguslah. Nanti keyakinan pelabur naik. Ringgit pun naik. Malaysia ni bergantung kepada pelabur asing utk sediakan pekerjaan kepada rakyat,terutamanya dalam sektor elektronik. Malaysia ni bukan macam South Korea yang mana ada company gergasi sendiri seperti Samsung yang export produk seluruh dunia. Bayangkan 20% daripada GDP South Korea tu disumbangkan oleh Samsung. Kebergantungan untuk barang elektronik semakin bertambah,bukan seperti petroleum yang suatu hari nanti akan diganti dengan EV.

Biden tu sendiri ada masalah di negara dia. Sekarang berkaitan classified documents. Tapi tak payahlah nak sibuk pasal negara orang. Benda yang penting adalah segala percaturan ini membawa benefit kepada Malaysia.Apple skrg pun sudah mula pindahkan kilang dari China ke Vietnam,India dan Malaysia. Ini satu perkembangan yang baik dan kita kena ambil peluang sebaiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-1-2023 11:57 AM
Baguslah. Nanti keyakinan pelabur naik. Ringgit pun naik. Malaysia ni bergantung kepada pelabur asin ...

dino Apple tersenyum sinis, bolehlah kerja kilang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.571410 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list