CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 6

[Tempatan] Jumlah pelancong China dijangka meningkat pada Mac

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 08:48 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Kerajaan China mula membenarkan rakyatnya untuk berkunjung ke luar negara pada 8 Januari, tetapi tempahan pakej pelancongan dari negara itu masih sangat kecil.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, pelancong dari China masih mengamalkan tunggu dan lihat termasuk memerhati syarat-syarat kemasukan yang diletakkan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, pertanyaan mengenai pakej pelancongan yang melibatkan rakyat China pada masa ini kebanyakannya adalah melibatkan lawatan pelajar, korporat dan juga perusahaan.

Ditanya sama ada akan terdapat ramai pelancong China pada perayaan Tahun Baharu Cina, Kok Liang memberitahu Sinchew Daily,  pertanyaan tentang pakej pelancongan yang diterimanya adalah tidak banyak.

Beliau bagaimanapun berkata, jumlah pertanyaan dan jumlah pelancong China yang melawat Malaysia dijangka akan meningkat pada Mac.

Kok Liang juga menjangkakan bahawa sebanyak 1.2 juta pelancong China akan melawat Malaysia pada tahun ini dan keadaan itu juga akan membantu menjana hasil sebanyak RM3.6 bilion

Beliau menjangka akan berlaku perubahan dalam trend pelancongan dari China pada pasca pandemik termasuk dalam bentuk rombongan lawatan yang lebih kecil.

Katanya, aktiviti pelancongan juga akan menjurus kepada aktiviti lasak lembut (soft adventure) dan juga pelancongan berdasarkan khazanah alam semula jadi.

“Destinasi yang mempunyai pulau, pantai, produk berdasarkan alam semula jadi serta makanan istimewa seperti Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, destinasi aktiviti selam di Pantai Timur Sabah dan Terengganu akan mempunyai kelebihan.

“Bagaimanapun, pakej tradisional yang menarik perhatian pelancong China seperti taman tema, pusat beli-belah dan tempat ikonik akan terus digunakan untuk mempromosi Malaysia,” katanya.

Mengenai penerbangan, Kok Liang berkata, beliau tidak nampak syarikat penerbangan menambahkan kekerapan antara China dan Malaysia.

“Maklumat pada laman web menunjukkan Malaysia Airlines hanya menawarkan satu atau dua penerbangan langsung dari China manakala AirAsia buat masa ini tiada penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan China,” katanya.

https://malaysiagazette.com/2023/01/09/jumlah-pelancong-china-dijangka-meningkat-pada-mac/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
siapkan je la katil hospital banyak2 ye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:02 PM | Show all posts
Tak raya lagi ke tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:48 PM | Show all posts
Pelancong datang bawak duit, dengan kata lain bawa rezeki.

Orang bijak akan rebut peluang. Yang tak dapat keuntungan akan sebar ketakutan. Kalau aku tak dapat ko pun tak merasa katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga la nina bakalan stop.
Tapi kemaraulah pulak.


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan berak ludah kencing merata tau. Plaster baru tau!


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk sini jd scammer lps tu tak keluar2…biasa lah bangsa tu what do you expect
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063125 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list