CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1464|Reply: 15

[Politik] Kegagalan ke 5 PN- Abdul Hadi ada masalah kemurungan politik melampau.. tak sesuai dengan imej pak lebai.

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 27-1-2023 08:02 PM

KUALA LUMPUR – Rakan Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Perikatan Nasional (PN) perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Presiden Pas itu daripada mengalami masalah psikologi yang lebih kronik.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Marang itu mengalami masalah kemurungan politik melampau sebab masih lagi merapu, meroyan dan sibuk campuri urusan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

“Dia ni masih tak berhenti-henti bercakap, macam masih tak boleh terima takdir Allah SWT. Malah, seperti biasa dia cukup famous dengan siri fatwa politik yang hanya memberi keuntungan kepada partinya saja.

“Bila orang buat salah tapi bila dia buat, terus ada dalil untuk menghalalkan semuanya termasuk yang haram boleh dihalalkan asalkan memberi laba kepadanya dan Pas.

“Oleh itu, rakan-rakan Abdul Hadi dalam PN perlu lakukan sesuatu supaya masalah psikologi yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Marang ini tidak berlarutan dan jadi lebih kronik,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Nur Jazlan, rakan dalam PN perlu sedarkan Abdul Hadi supaya banyak mengucap dan terima hakikat gabungan mereka tidak dapat menjadi kerajaan walaupun menang banyak kerusi.

Beliau juga bimbang bekas Duta Khas ke Timur Tengah itu semakin hilang kawalan untuk berfikir secara waras dan akan terus merepek sampai menjejaskan imejnya sebagai pak lebai.

“Baru saja tiga hari lepas Abdul Hadi keluarkan fatwa baru. Sogok duit kepada pengundi tak dikira rasuah, sebaliknya kalau ikutkan Hukum Feqah Haji Hadi, ia dianggap sebagai sedekah. Beliau menghalalkan wang rasuah undi untuk beli undi, bukan satu dosa besar.

“Abdul Hadi juga keluarkan fatwa baru-baru ini selepas BN failkan tiga petisyen mencabar keputusan PRU15 di tiga Parlimen di Terengganu termasuk Parlimen Marang yang dimenanginya dengan cara rasuah pengundi.

“Dia jadi panas bontot dan tak senang duduk kerana dia tahu bala besar akan menimpa dirinya. Tak mustahil dia pula akan jadi kluster mahkamah seperti yang selalu tuduh pemimpin UMNO,” katanya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor itu juga mengimbau kerjasama Pas dengan DAP lebih 15 tahun lalu, yang mana ketika itu Abdul Hadi memuji parti cauvinis itu.

“Ketika itu pak lebai kata, DAP parti tak rasis, DAP tak tolak Islam, PKR parti terbaik pesaing UMNO dan macam-macam lagi kata-kata pujian ketika asyik bercinta dan kahwin.

“Selepas bercerai dengan DAP dan PKR, pak lebai terus memburuk-burukkan bekas pasangan mereka itu dengan macam-macam tuduhan.

“Begitu juga dengan UMNO. Selepas PRU14, Abdul Hadi puji melambung pemimpin UMNO sebab nak bergabung tubuhkan Muafakat Nasional (MN). Malah Hadi juga pernah beri pujian kepada Presiden UMNO, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamid,” ujar beliau.

Namun, katanya, apabila hubungan Pas dan UMNO gagal diteruskan dalam MN, parti itu terus bertukar perwatakan, malah Abdul Hadi sendiri pusing 180 darjah dan mula mencaci serta mencerca UMNO serta pemimpinnya.

“Sudah-sudahlah Hadi… Move on la. Rakyat pun sudah meluat dengar kamu duduk meratib pasal konsep pembentukan Kerajan Perpaduan. Dah nak masuk tiga bulan dah Malaysia sudah ada kerajaan yang stabil dan kukuh, tak usahlah kamu nak jadi batu api.

“Buatlah kerja sebagai pembangkang dengan baik dan cuba bantu kerajaan untuk bagi idea-idea lebih baik daripada asyik duduk berpolitik 24 jam.

“Saya malas nak komen panjang pasal Hadi ini sebab saya nampak dia sudah makin nyanyuk dan lupa banyak perkara yang pernah dia cakap atau buat. Biarlah Hadi terjun dengan pukat-pukatnya dan UMNO terus tumpukan kepada perjuangan untuk memulihkan parti serta membela rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah warna sebenar haji hadi disebalik jubah kopiah serban dan turban!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah gundik gundik haji hadi telah melarikan diri kerana dia kehilangan kuasa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila lobai hilang pangkat… nikmat manakah yg kamu dustakan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:13 PM | Show all posts
Hadi dan Mahathir sama-sama murung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Murung sbb dah takleh mkn gaji buta

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 27-1-2023 08:14 PM
Murung sbb dah takleh mkn gaji buta

Iols lebih rasa kesian n sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedatangan parlimen paling corot. Lobai makan duit gaji haram. Nuraka lah tempat mu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 27-1-2023 11:16 PM
Iols lebih rasa kesian n sedih..

Sian kann..dah tua2 pun hidup x tenang selagi tak dapat kuasa ..baik pencen je lah drpd dok porak perandakan msia dgn pangai rasis dia tuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat aku lagu Pelangi..kesempatan yang datang...sengaja aku persiakan...sehingga kau menghilang..gitu..tuari YDPA dah offer bentuk kerajaan eksyen..sekarang dah gila meghoyan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Weyyy  x yah murung sgt la. Pergi setel air paip warna kopi Setarbak jiran gang hampa tu dulu lah haih. Sibok hentam sana sini kerja tak jalannnnn!!

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts

.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by juboqhang at 2-3-2023 03:41 PM

Lobai oh lobai..

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:46 PM | Show all posts
adakah Hadie x terima ini adalah takdir...

adakah beliyau tidak redho
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dutaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok tersenyum sinis!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059681 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list