View: 2346|Reply: 12
|
[VIDEO] Cantiknya Berbaju Pengantin! Ramai Puji Rupa Paras Siti Khadijah
[Copy link]
|
|
[VIDEO] Cantiknya Berbaju Pengantin! Ramai Puji Rupa Paras Siti Khadijah
Pelakon meningkat naik, Siti Khadijah Halim atau lebih mesra dipanggil Siti sememangnya sering mencuri perhatian ramai dengan kecantikan rupa paras semula jadinya.
Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Siti di platform TikTok yang memaparkan dia memakai baju pengantin berwarna putih.
Menerusi hantaran berdurasi 10 saat, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu kelihatan jelita mengenakan baju tersebut bersama-sama dengan solekan di mukanya.
Bukan itu sahaja, Siti sempat berseloroh dan memberitahu bahawa dahulu dia merancang untuk bernikah pada usia 26 tahun.
“Point of view: You plan to get married at age 26,” katanya.
Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai pujian serta perhatian daripada peminatnya yang tidak keruan melihat kecantikannya.
Video:
https://www.tiktok.com/@sitikhad ... 7192158818896235803
“Tapi sekarang kita berhuhu jelah,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji kecantikan dan kejelitaannya pelakon wanita itu.
Malah ada juga yang mengatakan bahawa rupa parasnya mirip seperti pelakon dan penyanyi Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari.
“Cantiknya awak.
“Suka lah tengok dia ni.
“Macam Bunga Citra Lestari, cantik!
“Aaa you so beautiful sister.
“Cantik sangat dia ni.
“Aku yang perempuan pun suka tengok. Sumpah cantik!” komen netizen.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 833,000 tontonan, 58,000 tanda suka dan lebih 221 komen.
Sumber:https://www.xtra.com.my/trending ... aras-siti-khadijah/
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik ke masalahnyaaa? kenapa iols nampak muka dia bengkak2 macam nadiya pintu grill berkarat 2.0 |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm Janna nick je versi lebih slim |
|
|
|
|
|
|
|
Muka typical instafamous. Bukan super duper lawa |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik sangat tuh takde la. Over betul komen2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 27-1-2023 05:53 PM
cantik ke masalahnyaaa? kenapa iols nampak muka dia bengkak2 macam nadiya pintu grill berkarat 2.0
makeup dia memang hauk kadang. Bengkak okay lagi kakadud, sometimes nampak cam pondan |
|
|
|
|
|
|
|
downiey replied at 28-1-2023 02:59 PM
sapekah ni
pelakon bbnu uols |
|
|
|
|
|
|
|
tapi baju yg dia pakai ni tak lawa sangat, lawa lagi baju azira & sissy walaupun yg sissy tu kurang berkenan sebab lengan pendek. Tapi detailing dia cantik & terletak |
|
|
|
|
|
|
|
hanihan16 replied at 27-1-2023 10:50 PM
muka dia ori ke buat?
Forumer tuduh dia cucuk2 tapi tak tahu la betul ke idok |
|
|
|
|
|
|
|
Muka basic dia ni.. Cmne la selalu dpt job.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|