CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4558|Reply: 94

Nurse Marah Minta Susu Formula- Bayi Baru Lahir Menangis Seharian Sebab Lapar! Esoknya Doktor Sahkan Hipoglisemia

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Naluri seorang ibu terhadap anaknya tidak pernah salah.


Begitulah kisah yang dikongsikan Nurul Lubis, 30, mengenai anak keduanya yang disahkan mengalami Hipoglisemia, sehari selepas dilahirkan.


Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Nurul berkata segalanya bermula selepas anaknya, Ahnaf dilahirkan di sebuah hospital di Melaka pada September 2022 dan masalah kesihatannya itu kekal sehingga hari ini.


Foto: mStar




"Anak saya songsang jadi doktor bagi tarikh awal dan terpaksa lahirkan dia secara pembedahan sebab berat waktu tu dah 3.9 kilogram pada usia 37 minggu.


"Selepas lahirkan Ahnaf dan kesan bius hilang, saya diminta untuk beri susu badan tetapi diuji pula dengan payudara bengkak dan tidak mengeluarkan susu.


"Anak dah nangis waktu itu sebab lapar. Sebagai ibu saya tak putus asa, cuba juga tapi memang tak keluar susu," katanya.


Nurul yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa sedih dan kesal apabila mendakwa dia dilayan secara kasar oleh jururawat ketika dia meminta anaknya diberikan susu formula.


Menurut Nurul, dia bertambah sedih kerana Ahnaf ketika itu tidak berhenti menangis dan akhirnya tidur dalam kelaparan apabila seharian tidak diberikan susu.


Lebih membuatkan Nurul terkejut apabila keesokan harinya doktor memaklumkan keadaan Ahnaf yang menggigil disebabkan dia mengalami Hipoglisemia.


"Nurse marah saya dan minta saya tengok pampers atau periksa takut anak kembung perut. Tetapi saya sebagai ibu, saya tahu anak sedang lapar. Rasa macam mengemis pula.


"Sepanjang malam anak berada dengan saya tapi tak boleh minum susu. Dia akan diam kalau penat menangis dan akhirnya tidur dalam keadaan berlapar.


"Esoknya, bila doktor datang periksa, dia cakap anak saya menggigil. Saya ingatkan itu normal dan beritahu doktor yang saya dah minta susu formula daripada jururawat tapi kena marah dan dia berulang kali minta maaf kepada saya," katanya.


Kesan Hipoglisemia, anaknya terpaksa ditahan di wad penjagaan bayi untuk dipantau paras gula dan dalam masa sama denyutan jantungnya juga bermasalah kerana lahir pramatang.


Malah, katanya, sehingga kini Ahnaf masih mengalami masalah tersebut walaupun sudah berusia empat bulan.


"Seminggu anak saya kena tahan di wad sebab masalah ini. Saya dah pulang ke rumah dan terpaksa ulang alik setiap hari ke hospital untuk datang melawatnya.


"Masih ada kesan tu sampai sekarang cuma tidak teruk. Bila lambat bagi susu dia jadi gelisah dan gelengkan kepala kiri dan kanan. Badan dia pun akan menggigil," katanya.


Nurul turut berpesan kepada ibu yang kurang berpengalaman untuk mengambil kisahnya sebagai pengajaran supaya ia tidak berlaku kepada mereka.


Tambahnya, Hipoglisme tidak boleh dipandang ringan terutamanya kepada bayi yang baru lahir kerana ia mengundang risiko kesihatan dan mengancam nyawa.


"Memang susu ibu terbaik. Tetapi kalau macam kes saya ni nasi pun dah jadi bubur. Jadi sediakan susu formula kalau payudara bengkak dan tak boleh keluarkan susu sebab nyawa anak lagi penting.


"Ibu di luar sana boleh tuam pada bahagian payudara supaya bengkak mudah surut sebab susu ibu memang bagus untuk rangsangan bayi. InsyaAllah susu akan keluar," katanya.


Video yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 300,000 tontonan dan 10,000 tanda suka.


Rata-rata netizen meninggalkan komen meluahkan rasa simpati dan berpandangan susu formula perlu diberikan jika keadaan mendesak dan membahayakan bayi.


"Memanglah susu ibu tu terbaik tetapi kena tengok situasi juga. Bukan semua ibu selepas bersalin keluar susu banyak. Kalau jadi macam ni kesian kat anak. Tak berdosa pun minum susu formula.


"Hari pertama kena macam ni juga sebab susu tak keluar. Anak pula anak pertama dan rasa sedih tengok dia lapar. Nasib baik ada nurse yang baik tolong tunjukkan cara urut dan lega nampak air susu keluar," demikian antara komen netizen.


Dalam pada itu, ada juga warganet yang mendakwa mengalami nasib sama seperti Nurul.


"Masalah awak sama macam saya. Saya kena waktu lahirkan anak pertama dan lahir secara pembedahan juga. Nurse langsung tak bagi susu formula kat anak sampai jadi Hipoglisemia.


"Hampir sama macam saya. Lahir secara pembedahan juga dan susu tak keluar. Terkial-kial minta tolong nurse. Seharian anak tak menyusu dan lepas tu anak demam. Hari seterusnya kena masuk wad penjagaan bayi.


"Sama maca cerita saya. Nasib baik anak saya belum tahap Hipoglisemia. saya minta tolong nurse susukan anak tapi dia marah. Saya dah cakap susu tak keluar sebab payudara bengkak. Nurse tak percaya dan paksa juga untuk susukan anak. Rasa sedih sangat waktu tu," netizen berkongsi pengalaman masing-masing.


Menurut laman web rasmi Hospital Kuala Penyu, Sabah, Hipoglisemia merupakan kejadian paras gula seseorang itu menjadi rendah seperti paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).


Antara simptomnya ialah jantung rasa berdebar, kepenatan, rasa menggigil, kulit menjadi pucat dan jika seseorang itu menghidapinya dengan lebih serius ia akan menyebabkan tidak sedarkan diri atau mengalami sawan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zuriey at 27-1-2023 02:38 PM

Mcm ank aku yg sulung dan no 2
Dah susu tak keluar aku suruh la nurse kasi fm
Di mrh pula aku
Tahu polisi hospital tak benarkan susu formula
Habis takkan nak bior je budak tu memekak menangis.
Ank sulung aku dah hypo berlari nurse bg susu formula
Ank ke dua aku tak minum susu smpai la keluar wad
Kt rmh aku sumbat je susu formula sementara nak keluar susu badan
Biasa 3 hari baru ada susu
Bukan semua ppuan lps berank je keluar susu
Kawan aku sampai meninggal ank nya sbb hypo
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Ahnaf.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 27-1-2023 06:37 AM
Mcm ank aku yg sulung dan no 2
Dah susu tak keluar aku suruh la nurse kasi fm
Di mrh pula aku

Kesian uols, anak dan kawan uols serta baby yang meninggal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital swasta lek2 je bagi FM. Ntah mengapa sepital gomen ni ketegaq sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:59 PM | Show all posts
dedua anak aku bersalin kat HKL. nurse2 memang pantang nampak botol susu tapi sampai tak bagi FM tu tidak lah. ada je bayi2 yg minum FM nak2 lagi yang duduk di NICU tu cuma nurse akan bagi guna cup kecik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya weh
kalau ye pun tlg la bantu mak tu bagi keluarkan susu badan


xpun bapak² kena standby cri ibu susu laaaa xkan bini pun nak fikir
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ada pernah jumpa sorang, abis pantang mintak ubat stop susu. malas katanya nak susukan anak. bagi FM je senang. bapak dia pun boleh buat katanya....


dalam hati aku wow ada jugak macam ni ya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 03:18 PM | Show all posts
Macam iols dulu mmg sendiri standby susu formula.
Masa anak sulung mmg susu bnyk.Masa anak ke 2 mmg tak kuar susu hari ke dua baru kuar,mmg iols bg susu formula senyap2.
Masa anak ke 3 pun sama tapi nurse sendri yg bg susu formula.
Yg nyata standby je siap2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:22 PM | Show all posts
dlm kes camni hb tak boleh ye senyap2 bawak susu masuk wad?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:27 PM | Show all posts
Ada satu benda kena ubah, nurse yg bingai macam tak masuk kelas grooming. Evrytime mesti ada kes nurse tahu nak marah2 & cakap kasar. Iolls kalau patient tu mcm gampang, mmg patut digampangnya la kan. Tapi kalau org tu pon cakap gitu mendatar, eh2 nurse mencapub mcm setan plak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:29 PM | Show all posts
apa bagusnya nurse2 ni buat camtu?na kurangkan manusia kat dunia ke?iollss salah sorang mak yg kurang susu ibu..kdang ada nurse bgi je kita soh buat fm ni kat baby klu btul takde susu..tapi rmai nurse yg hamlau sanggup biarkan baby nangis lapar dri soh ibu2 bagi fm..iollss pun x gemar ibu susuan ni sbab incase dibuatnya anak bertemu jodoh dengan anak ibu susuan acano tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya nurse. Mintak ganti rugi jer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalah nyer kalu kasi baby susu formula? Dah org tu takde susu badan. Smp biar baby kelaparan...giler ker...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:32 PM | Show all posts
Ini bukan kes salah nurse saja....kena tgk SOP hospital/ KKM....melulu salahkan nurse pada aku sgtla dangkal pikiran...nurse ada order dan SOP yg dia kena ikut....kalau ada kebenaran buat apa dia susah2 larang korang nak bg FM?...bukan rugi apa2 pun kat dia...kalau marah dia 100 kali pun tak guna...kalau saman dia pun tak lekat kalau dia follow SOP..

Yg penting kena check keseluruhan sistem
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:32 PM | Show all posts
erishuji replied at 27-1-2023 03:22 PM
dlm kes camni hb tak boleh ye senyap2 bawak susu masuk wad?

Boleh bawa tapi pandai2 la.
Kalau anak dah menangis lama,bagitahu je nurse pai bergaduh pun tak pe.
Sbb mmg boleh je bagi susu formula kalau baby dah lapar sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kengkadang mmg ada nurse gomen yg rigid & seksa ibu & anak bila bkeras soh bf.
Ank no 1-3 iols gagal fully bf ya.
Yg 1st two iols sumbat ja fm curik² kt sepital sbb budaknya xreti latch & iols bengkak susu smpai demam² lamaaa dok sepital sbb jaundice.
Yg no 3 survived bf sikit smpi leh discharged (dok semalaman ja).
Acik² porum yg tgh tggu nk bsalin tu standby la fm siap².
Anything can happen.
Xkurang pon pahala bsalin uols bg ank fm.
Gitoh iols mghasuttt..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:36 PM | Show all posts
matamata replied at 27-1-2023 03:32 PM
Ini bukan kes salah nurse saja....kena tgk SOP hospital/ KKM....melulu salahkan nurse pada aku sgtla ...

Yup ada betulnya apa chuols tulis ni.
Nurse pun akan bg susu formula akhirnya kalau kita bg tau baby menangis sbb kita kekurangan susu.
Berdasarkan pengalaman iols anak ke 3 mmg nurse yang ambil anak bg susu formula.
Kadang kala nurse pun manusia biasa,ikut pada adab kita juga bila berkata2.
Lagipun kalau satu nurse bermasalah cari je nurse yg lain waktu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi kesiannye baby. hina sgt ke susu formula tu? sian baby ni. lahir normal, tibe diuji sakit begini
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-1-2023 02:48 PM
Hospital swasta lek2 je bagi FM. Ntah mengapa sepital gomen ni ketegaq sangat.

Betul.....

Anak akk nurse hantar ke bilik, akk pegang je, dah sendawa .....nk bf mcmana, dia pun dah tido kekenyangan......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.673136 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list